~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Tuesday, May 18, 2010

**Hijab Untuk Wanita**



--Mengapa Islam merendahkan wanita dengan menyembunyikan mereka di sebalik tudung???--

kadang-kadang mesti terdetik di sanubari antum mengapa golongan wanita diwajibkan menutup auratnya iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan??hmm...kt entry terbaru ni ana nak kongsi sikit tentang info yang ana dapat dari 1 sumber ..InsyaAllah..dapat dikongsi bersama..hehe =)

Antara sebab wanita disuruh memakai tudung adalah

  1. status wanita di dalam Islam sering dijadikan sasaran serangan media sekular.
  2. hijab @ pakaian Islam selalu disebut sebagai contoh penguasaan wanita di bawah undang-undang islam.

Hijab untuk LELAKI

biasanya, 'hijab' hanya dibincangkan dalam konteks wanita. walaubagaimanapun, di dalam Al-Quran, Allah S.A.W terlebih dahulu menyebut tentang 'hijab' untuk lelaki sebelim 'hijab' untuk wanita.

"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." [An-Nuur 24:30]

sebaik sahaja seseorang lelaki memandang wanita dan timbul pemikiran yang kurang elok dan memalukan, hendaklah dia menahan pandangannya.

Hijab untuk WANITA

"Katakanlah kepada wanita yang beriman : hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka..." [An-Nuur 24:31]3.

Kriteria Hijab

Menurut Al-Quran dan Sunnah, pada dasarnya terdapat 6 kriteria dalam pematuhan hijab.

1. Aurat

  • kriteria pertama adalah had tubuh yang perlu ditutup. ini berbeza di antara lelaki dan wanita. had yang wajib bg lelaki adalah menutup bahagian tubuh sekurang-kurangnya daripada pusat hingga lutut. Bagi wanita, had wajib adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. jika mahu, bahagian tersebut juga boleh ditutup. sebahagian ulama' islam menegaskan bhawa muka dan tapak tangan adalah wajib dalam pematuhan 'hijab'

lima kriteria lain adalah sama bagi lelaki dan wanita.

2. Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan susuk tubuh.

3. Pakaian yang tidak jarang sehingga seseorang dapat melihat di sebalik pakaiannya.

4. Pakaian hendaklah tidak terlalu galmor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis.

5. Pakaian juga tidak dapat menyerupai pakaian kaum bukan sejenis.

6. Pakaian juga hendaklah tidak menyerupai pakaian orang yang tidak mempercayai Islaml iaitu tidak mengenakan pakaian yang menyerupai identity atau symbol khas agama kaum yang tidak mempercayai Islam.

Hijab mengelakkan pencabulan

Mengapa hijab dianjurkan untuk wanita disebut di dalam Al-Quran :

“ Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min : hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-Azhab 33:59]

Al-Quran menyebut bahawa hijab dianjurkan kepada wanita agar mereka dikenali sebagai wanita bersopan dan juga mengelakkan mereka daripada pencabulan.

www.tips-fb.com

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

Khalifah Umar Bin Abdul Aziz

1. Sesungguhnya mendapat kemenangan orang yang terlepas daripada sifat riyak dan tamak haloba.

2. Sesiapa yang tahu bahawa percakapannya daripada amalannya, nescaya kuranglah cakapnya, kecuali pada perkara yang perlu dan bermanfaat.

3. Seafdal-afdal ibadat adalah menunaikan segala yang fardu dan menjauhi segala yang haram.

4. Wahai manusia! Tambatkan nikmat dengan syukur dan tambatkan ilmu dengan kitab.

5. Allah mengasihi seseorang yang mengenali kadar dirinya.

6. Hairan…. Orang yang kenal Allah lalu mendurhakaiNya, orang yang mengenali syaitan lalu mentaatinya, dan orang yang kenal dunia lalu bergantung hati kepadanya.

Dari kitab :

Khalifah umar bin Abdul Aziz,

Oleh: Doktor Wahbah Az-Zuhaili

www.tips-fb.com

Tuesday, May 11, 2010

~Fenomena Azan Setiap Detik~

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan laungkan azan, mengakui "Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah." Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai lebih 200juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan Bilal akn melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w.



Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belum pun laungan azan di Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Mynmar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dakka di Bangladesh.



Berikutnya Laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di bandar - bandar Pakistan adala 40 minit jadi dalm jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman.



Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.


Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9 hingga 12 jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan zuhur kini sudah dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

SubhanaAllah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegarlah satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.

Subhanallah

Wallahu'alam...

www.tips-fb.com

Saturday, May 1, 2010

T-Shirt WOI


Designed by: Hafizul Hakimi

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua, apa khabar? moga kalian semua di rahmati Allah.

Sahabat-sahabat yang di rahmati Allah,

Kami (admin WORLD of ISLAM, dr.muslimah, Hafizul Hakimi, Mimos Micgurlz, Zun-Nur Ahlaiah,princess Muslimah, Shohib Arrumi, ibnu Halim, dan nur Jannah,) telah sepakat akan menjual baju T-Shirt WORLD of ISLAM.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian,

Di sini kami akan kliasifikasikan baju T-shirt untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian.

Baju Ikhwan:

Mempunyai 2 jenis warna utama: Hitam dan Kuning
baju lengan panjang.
ada zip di bahagian dada menggantikan butang,
lengan baju ada butang, untuk senang di buka dan di "adjust" jadi lengan pendek atau mahu di kancing...:)
satu poket di bahagian kiri,
dan di tepi kanan ada gambar masjid dan corak seperti cahaya dan bunga (berbentuk abstrak)
di belakang ada tulisan rasmi WORLD of ISLAM

HARGA: RM 25.00 (MALAYSIA)/ RP 75000 (INDONESIA) / LE 40.00 (MESIR)

baju T-shirt Akhwat:

Mempunyai 2 jenis warna utama: Hitam dan Kuning
baju lengan panjang.
lengan baju ada butang, untuk senang di buka dan di "adjust" jadi lengan pendek atau mahu di kancing...:)
satu poket di bahagian kiri,
di atas poket ada nama,
dan di tepi kanan ada gambar masjid dan corak seperti cahaya dan bunga (berbentuk abstrak)
di belakang ada tulisan rasmi WORLD of ISLAM
baju ini labuh sampai ke lutut
ada nama juga cuma di bahagian bawah( boleh rujuk di http://cintaialways.ning.com)

HARGA: RM 30.00 (MALAYSIA)/ RP 80000 (INDONESIA) / LE 48.00 (MESIR)

PERHATIAN:
ADA DUA VERSI UNTUK BAJU AKHWAT:


1)LENGAN PANJANG BERWARNA KUNING, TIADA KANCING DAN ZIP DI KOLAR

2) SEPERTI KLASIFIKASI DI ATAS

TEMPAHAN BOLEH DI BUAT DENGAN MENHANTAR MAKLUMAT BERIKUT:

1) NAMA BETUL DAN (NICKNAME)
2) ALAMAT RUMAH
3) NO HP/TELEFON RUMAH DAN EMAIL
4) SAIZ YANG DI KEHENDAKI
5) BILANGAN YANG MAHU DI BELI

UNTUK PEMBAYARAN, SETELAH SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN MENGHANTAR MAKLUMAT DI ATAS, BOLEH MEMBUAT PEMBAYARAN KE NO AKAUN ADILAH (MIMOS)

0311429000113065
BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

Setelah membuat pembayaran, sila maklumkan terus ke cik Adilah (panggilan tidak diterima) dengan SMS ke: +60179247958


sesiapa yang berada di mesir, boleh membuat pembayaran terus ke Dr.Muslimah..(alamat: Wisma Darul Ridzuan B, Hayyu Sabek, Kaherah)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI WORLD OF ISLAM
http://cintailahialways.ning.com

Untuk menghantar maklumat di atas, boleh emailkan ke
worldofislam@rocketmail.com...kepada sahabat2 yang membuat tempahan, sila add ym WOI di email yang sama...untuk update jika ada perubahan terbaru.

ATAU

SMS ke no HP admin
+60195112105 (malaysia)/ +6285260599687 (indonesia)- Hakimi
+60179247958- Adilah
+2011-9503764 (mesir)-dr.muslimah

ATAU

sila hantarkan butiran diri ana lengkap ke inbox dr.muslimah

*p/s: kepada sahabat-sahabat yang berada di luar negara, kami akan mewakilkan sesiapa untuk membuat baju, harap maklum, (jika berminat juga)

Mudah-mudahan, dengan pembelian baju ini, WORLD of ISLAM akan mudah dikenali oleh sahabat-sahabat yang lain dan juga untuk menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Malaysia.

Syukran,

Sahabatmu dalam ISLAM

Hafizul Hakimi
ADMIN WORLD of ISLAM

*p/s: tempahan boleh minta kepada wakil di setiap wakil persatuan pelajar malaysia bagi yang menuntut di luar negara. :)

Sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil penjual di luar negara, boleh menghantar email ke alamat email WORLD of ISLAM, kami memerlukan wakil pengedar untuk menjualnya di tempat-tempat anda, Syukran.

untuk keterangan lanjut..anda boleh layari :
http://cintailahialways.ning.com/forum/topics/promotion-baju
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...