~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Thursday, December 30, 2010

**KoLeKSi MuTiaRa HiKMaH**


  • ~*iLMu PeNuH Di DaDa TeTaPi LiSaN TiDaK Di JaGa & Di TaPiS. IaNYa LeBiH BuSuK DaRi SeBuTiR PeTaI. MaKa PeRHaLuSiLaH AkHLaK iNSaNiAH DiRi KeRaNa BaHaSa MeLaMBaNgKaN CeRmiNaN PeRiBaDi SeSeoRaNg..*~

  • ~*ku Ingin Segala Galanya damai, Penuh Mesra Membuah Ceria, Aku Ingin Menghapus, Duka Dan Lara, Melerai Rindu Di Dalam Dada*~ (petikan lirik lagu : Jendela Kehidupan)

  • ~*Kuatkanlah hati, tabahkanlah jiwa, bahawa sesungguhnya Dialah yg menetapkan apa yg terbaik buat diri,
    Sesungguhnya, kita hanya mahukan keredhaan dari-Nya. Tetaplah di jalan ini dan istiqomalah, mudah-mudahan Allah memberikan jalan yg mudah buat diri*~

  • ~*Kenapa perlu wujud dendam, takbur dan hipokrit jika hati dan diri benar-benar mengaku bahawa "La Ilaha ilallah (لااله الا الله).. Gunakan akal fikiran dan hati yang bersih untuk analisis diri..muhasabahlah diri sebaiknya.. yakin bahawa Iman & Islam adalah 2 nikmat yang terbesar untuk kita*~

  •  ~*Ku TiNGGaLKaN SeJuTa KeNaNGaN SeBaGaI PeNeMaN uNTuKMu*~
  • ‎~*Hamba Allah yang terpimpin itu, ia akan dipermudahkan oleh Allah untuk menuju jalan ke Syurga*~

  • ~*OnLiNe FoR ALLAH & oFfLiNe FoR SYAITAN LAKNATULLAH*~

www.tips-fb.com

Monday, December 27, 2010

**Ku HuLuRKaN CiNTa-Mu**


Menyelami gelora hati yang kian berombak
Tatkala seluruh hati dibuai fantasia mengasyikkan
Aku masih di sini…
Cuba menyingkap dan mentafsir hakikat cintaku


Masih sempatkah aku?

Masihkan ada ruang untukku mencuri secangkir cinta
kudus darimu kekasih?

Sekian lama terbiar dalam buruan hidup liar
Aku bagaikan pemburu yang memburu cinta agung
Kepalsuan dunia yang menghambat
Nafsu yang menyesatkan pandangan
Hati terpesina dengan anugerah Mu

Namun, terlalu sedikit bibirku mengukir syukur
Terlalu gersang hatiku menyemai cinta
Ku sangka teguh rupanya masih rapuh
Ku sangka mudah namun amat payah
Relaku pasrahkan kehidupan mengharungi mehnah
Dan cabaran di hadapan
Rela ku tempuh dek pagar dan halangan
pada duniamu

Dalam menggapai cintamu, jiwa ku korban
Dalam membeli kasihmu, nilai ku korban
Biarpun sukar bagiku melamar cintamu


Namun…. 


Ku menyusun doa, kelu tanpa kalimah
Dek haruan titisan nurani
Yang bersemi dari nasuha kalbu
Agar terus bersama sutera kasih Mu ini
Yang membelai jiwa, memandu hati pada
Destinasi cintaku .…


Kerana…

ENGKAULAH INSPIRASI HATIKU,
ENGKAULAH CINTA AGUNGKU…
YA RABBI….ALLAH S.W.T………….

Tinta As-Siraj


www.tips-fb.com

Sunday, December 19, 2010

**SuRaT CiNTa DaRi iBLiS**



Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku melihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus skali ! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau bersusah-payah bangun dan memendekkan tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan. 

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meningkatkan water bill " rumahmu. 



www.tips-fb.com

Wednesday, December 15, 2010

**HiKMaH SuJuD - SaiNTiFiK & PsiKoLoGi**


Sujud melegakan system pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam 2 bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi  laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan system pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh :
www.tips-fb.com

Saturday, December 4, 2010

** Harga Sebuah Syurga**


"Sahabat,diri ini terasa lelah dek penangan mehnah dan birokrasi..semangat untuk berjuang dah semakin luntur. sementelah diri ini terasa terlalu banyak kekurangan dan kelemahan berbanding dengan sahabat2 lain disini..hati ini sering berbolak-balik..
ana tak mampu lagi memegang amanah yang sangat berat yang terpikul dipundak ana.

Perlukah ana melepaskan amanah ini???tapi,ana takut!!!ana sangat takut sekiranya ana tergolong dalam golongan mutasaqit.na'uzubillah.


Bantulah diri ini duhai sahabatku..ubatilah kelelahan ana ini, rawatilah ketandusan hati ini dengan mutiara katamu.agar diri ini..agar hati ini...agar semangat ini...kembali tenang dan membara dengan roh Islam.."



Luahan hati seorang sahabat membuatkan Syifa' termenung sejenak...Dia merenung jauh..sedikit sebanyak setiap bait ayat yang tertera di handphonenya berbekas dihati..

Seusai menarik nafas dalam-dalam,dia mula memikirkan ayat yang sesuai bagi mententeramkan perasaan Dhiya' dan juga dirinya..kerana dia sendiri pernah merasa goyah...hatinya pernah berbolak-balik...cabaran yang dirasai terlalu berat dan hampir tak tertanggung olehnya...


www.tips-fb.com

**T-shirt WOI**

Assalamualaikum W.B.T...salam ukhuwah fillah 


Perhatian kepada Ahli WOI yang sudah membuat tempahan T-Shirt WOI.. Baju sudah disiapkan jadi.. kepada ahli yang belum membayar KOS PENGHANTARAN baju Sebanyak RM 5, sila berbuat demikian secepat yang mungkin kepada Admin Maulana Faiz @ Admin Mimos Micgurlz ... 


setelah pembayaran di buat, anda diminta untuk memberitahu secepat yang mungkin berkenaan "bank in kos penghantaran". sila nyatakan bank yang ditransfer. Kerjasama anda amatlah diharapkan.. Syukran (",)


pembayaran boleh dibuat pada :


AKAUN CIMB : Muhammad Faiz  ( 01300000915201 )


AKAUN BSN   : Nor' Adilah Zainal Abidin( 0311429000113065 )


KOS PENGHANTARAN BAJU (SEHELAI) : RM 5


p/s : sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada para admin WOI .. InsyaAllah (",)


~*We Gain, We Share & We Spread The Da'wah*~


T-shirt Muslimin 

T-shirt Muslimat


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...