~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Thursday, December 15, 2011

**KeSaN JaMu PaDa AnaK aNDa.aDaKaH TeRJaMiN KeSeSuAiaNnYa??**

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah Ummu ambil sedikit masa untuk menulis entry kali ni. Sebenarnya entry ni sepatutnya dipost awal dahulu lg tp sebab kekangan masa, maka terpostpon la smpai la ke saat ini. entry kali ni berhubungan dengan Tajuk Thesis final year Ummu dahulu. Rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat yang Ummu dapat walau tidak banyak. Rasanya kali ini Ummu nak buat entry yang lebih santai ckit..moga2 yang membaca jgk dapat fahami apa yang bakal diterangkan.. Sharing is Caring ..right….. Amin Ya Rabb~~~ ^_^

Rasulullah bersabda bermaksud : “ Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Berjihad dalam ilmu bermaksud bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban serta memberikan gambaran yang betul tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk dikurniakan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu itu.

Tajuk thesis Ummu adalah :

KAJIAN AKUT KE ATAS POTENSI KETOKSIKAN KAEMPFEROL DAN JEC LAIN PADA NEONAT TIKUS SUSUAN

ACUTE  STUDIES ON TOXICITY POTENTIAL OF KAEMPFEROL AND OTHER JEC COMPONENTS ON SUCKLING RAT NEONATES

Panjangnya tajuk tesis!!! Mula-mula dapat tajuk ini pun x faham sebenarnya..hehehe.. :B tapi selepas buat research sikit-sikit kt PTSL UKM.. Rupanya kajian ini adalah untuk mengkaji kesan ketoksikan penggunaan Jamu Ratus di kalangan wanita selepas bersalin. (nah!! Besar lgi tulis ni…hehe)
Jom kita bincang serius ckit..penting ni untuk ibu-ibu ye kalau nak anak anda jadi sihat &  kuat..Suami-suami yang peyayang jgk perlu alert~~~!!! [O_O]

Apa itu jamu ratus???

Jamu ratus adalah salah satu ubatan tradisional  yang digunakan oleh wanita2 selepas bersalin dimana ia digunakan sebagai rawatan post-partum. Contohnya mahu mengembalikan badan sperti asal (ramping), pengecutan rahim dan peningkatan aras tenaga. Kumpulan fenolik yang mampu bertindak balas dengan protein dan enzim dalam tubuh terdiri daripada sebatian flavonoid yang sering ditemui di dalam tumbuhan. Sebatian flavonoid yang terlibat dalam pengaktifan enzim seperti kaempferol dan quercetin (komponen JEC) akan mengakibatkan ketoksikan pada neonat susuan jika komponen Jamu Ratus ini dapat diserap melalui kelenjar mamari.  

Dalam kajian yang dilakukan ni. Ummu cuba mengesan kehadiran bahan flavonoid dalam jamu Ratus seperti kaempferol dan quercetin. Masa yang diambil untuk setiap ujikaji adalah 3 hari berturut2 sejurus selepas neonat (anak tikus) dilahirkan dan disusukan. Suspek utama semestinya anak2 tikus.. Maafkan daku wahai cik T sekalian…huhuhu…lumrah alam bila kita mahu mengkaji ilmu Allah.. apa yang penting niat kita!!yeay~~~ T_T

Antara benda yang ingin dikenalpasti dari ujikaji ini adalah :

1) adakah Jamu Ratus yang dimakan oleh si ibu ni mempengaruhi parameter kasar si anak. Cth : berat badan, berat organ dalaman dan kadar mortality si anak?
2) mengesan bahan flavonoid dalam Jamu Ratus
*
*
perbandingan dilakukan antara tikus berlaktasi yang diberikan jamu ratus dengan tikus yang disusukan secara normal(tanpa sebarang injection JEC)
*
*
*
*
*
Dan hasilnya……………………
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...