~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Thursday, May 17, 2012

**CERMIN DIRI - iNiKaH TaNDa CiNtA**


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Adakah patut kamu hanya percaya kepada sebahagian kitab (Taurat) dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian itu daripada antara kamu, selain daripada kehinaan ketika hidup di dunia” 
[Surah al-Baqarah 2: 85]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~************~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-Tetapi apakah dengan amalan yang dilakukan kini mampu meraih cinta yang sedang dihulurkan olehnya kini? Tergolongkah kita untuk mendapatkan syafaat daripadanya di akhirat kelak? -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~************~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wahai diri yang mengaku daripada umat Muhammad SAW
Letakkanlah sebuah cermin besar di hadapanmu
Wajah dan susuk tubuhmu akan jelas kau lihat
Mari jelajah wajahmu dahulu…..sirna apakah yang ada pada dahimu
Pada dahi umat Muhammad yang benar-benar mencintai Rasulullah ini
Harus ada bukti….harus ada sinar….ada Nur
Jangan engkau bebas mendakwa cinta tanpa tanda!
“Ya Rasulullah….saya ingin meminta sesuatu kepadamu….” Rayu Rabi’ah nin Ka’ab al-Aslami dengan mata yang berkaca.
“Katakannya…. Wahai Rabi’ah,” ujar Rasulullah SAW.
“Aku ingin jaminan….untuk berada di sampingmu di Syurga Allah nanti.” Pinta Rabi’ah sejujurnya.
“Adakah yang lain ingin kau minta?” Tanya Rasulullah SAW.
“Hanya itu sahaja, ya Rasulullah.”
“Kalau begitu, bantulah aku memenuhi keinginanmu dengan dikau perbanyak sujud,” jawab Rasulullah SAW.


INILAH TANDA CINTA…. 

Dahi yang sentiasa sujud ke hadrat Allah Azzawajalla
Lambang percintaan antara Nabi Muhammad SAW dengan umatnya.
Dahi yang redha dan puas tersembam ke tanah…. Memuja dan memuji Allah SWT.
Apakah Tanda Cinta ada pada bibirmu?
Tatkala Rasulullah SAW menjelaskan kepada sahabat-sahabat Baginda.
Tentang pintu kebaikan
Iaitu berpuasa dan solat di tengah malam
Kemudian Nabi Muhammad SAW menyimpulkan….
“Mahukah kamu aku tunjukkan dasar pada segala kebaikan?”
Muadz r.a. menjawab pantas…. “Pasti, ya Rasulullah.”
Lalu pemimpin agung ini meletakkan jarinya di bibir dan menunjukkan ke arah lidah Baginda…. “jagalah yang ini. manusia dilempar ke nerakan kerana lidah mereka.”

Wahai diri yang mengaku umat Muhammad SAW.
Hanya dahi dan lidah yang ingin diperhalusi dahulu.
Benarkah ada CINTA?
Atau sebenarnya cinta agung Muhammad pada umatnya…. Tidak pun kau sambut.
Tergamak hatimu melupakan kasih yang mulia itu.
Adakah kau lupa?
Saat kesakitan Nabi ketika malaikat maut berkunjung.
Lalu Nabi menanyakan malaikat Jibrail, “Apakah berita gembira untuknya?”
“Seluruh pintu langit dan Syurga telah terbuka menyambutmu wahai Rasulullah yang mulia.”
Namun, Rasulullah masih belum lega…. “ Aku ingin mendengar jaminan Allah terhadap umatku.”
Jibrail menyambung, “Untuk umatmu…. Tidak akan masuk Syurga umat yang lain sehingga seluruh umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Dan itulah jaminan yang membawa kedamaian dalam jiwa Nabi ini….
Setelah seluruh hidup masa, tenaga, dan jiwa raganya menyeru umat agar selamat.
Lalu kembalilah Nabi yang penuh rahmat ini kepada kekasihnya…. Allah Rabbul izzati.

Renung-renungkan~~~~~

Tulisan : Norhafizah Musa & Wan Nor Ainon Wan Abdullah

www.tips-fb.com

Tuesday, May 15, 2012

**Hidayah Milik Allah**


Seorang gadis ayu bernama Rosana Tury, lahir dalam sebuah keluarga Kristian Katolik di California. Sudah menjadi kebiasaan, ibu dan ayah Rosana membawanya ke gereja lantaran mereka berdua sangat kuat berpegang kepada ajaran agama mereka. Setiap kali si gadis melihat patung di dalam gereja…pasti akan terdetik di hatinya. “Apakah sebenarnya yang disembah? Mana Tuhannya?”

       Pernah beberapa kali beliau bertanyakan hal itu kepada ayahnya. Ayahnya menyatakan bahawa Tuhan itu telah bersatu dalam roh Jesus di hadapannya dan simbolnya pada patung tersebut. Rosana menerima jawapan tersebut seadanya.

Hinggalah pada suatu hari, sebuah keluarga muslim dari Abu Dhabi mendiami rumah berhampiran rumah mereka. Kedatangan keluarga tersebut hanya sementara kerana salah seorang daripada mereka menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital di sana.

Hubungan yang akrab antara Rosana dan anak gadis keluarga Muslim itu telah membawa Rosana ke Abu Dhabi untuk melancong ketika keluarga muslim itu kembali ke kampong halaman mereka.

Dan berlakulah detik hidayah Allah menembusi jiwa gadis Kristian Katolik yang bernama Rosana Tury ini. Dia terkejut daripada tidurnya kerana mendengar suara laungan yang kuat membelah kedamaian subuh.

Allahuakbar….Allahuakbar….

Allahuakbar….Allahuakbar….
www.tips-fb.com

Sunday, May 13, 2012

**Tiga Maslahat Pengurai Tali Simpulan Kehidupan**


Syeikh Said Hawa berkata “ Ulama fikah berpendapat, mengimani Islam secra keseluruhannya adalah syarat sahnya Islam seseorang. Ia juga adalah syarat sahnya ucapan dua kalimah syahadah. Berdasarkan ini, sesiapa yang tidak mengimani islam secara keseluruhannya, iaitu tidak mengimani Islam adalah akidah, ibadah dan sistem hidup yang merangkumi seluruh permasalahan mukalaf sama ada yang berkaitan dengan urusan dunia ataupun akhirat, kafirlah ia. Namun sekiranya dia sekadar cuai dengan meninggalkan perkara yang diperintahkan ke atasnya ataupun melakukan perkara yang tidak dianggap membatalkan syahadah, dia tetap kekal sebagai seorang Muslim, tetapi perbuatannya dianggap sebagai fasiq”.

Islam tidak dianggap secara terpisah-pisah diantara satu dengan yang lain iaitu bidang syariat, bidang akhlak, bidang ekonomi, bidang perubatan dan yang lain. Ia diibaratkan seperti kaki yang tidak dapat dipisahkan dengan tubuh badan manusia. Kehilangannya menyebabkan kepincangan pada hidup manusia. Di samping itu, Islam juga tidak menerima sebarang bentuk campur aduk dengan falsafah hidup yang lain.

Imam Qatadah berkata “ Jangan kamu campuradukkan cara hidup Yahudi dan Nasrani dengan Islam kerana Allah hanya menerima Islam sebagai agamamu.”

Terdapat 3 maslahat (keperluan) yang dipelihara dan diselesaikan oleh Islam untuk manusia untuk menjamin sebagai agama yang lengkap.

·         *** Perkara Daruriyat
·         *** Perkara Hajjiyat
·        ***  Perkara Tahsiniyat

PERTAMA :  PERKARA DARURIYAT

Perkara ini merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa keperluan ini, kehidupan manusia akan hancur dan ianya akan mendatangkan seksaan pada hari akhirat. Keperluan daruriyat terbahagi kepada lima bahagian :

  • ·         Agama
  • ·         Nyawa
  • ·         Akal
  • ·          Keturunan
  • ·         Harta benda
www.tips-fb.com

Wednesday, April 25, 2012

**NaMa-NaMa aNaK SyaITaN**


1. ZALITUUN
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mnedapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah

3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama

4. HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras)

5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gossip, umpatan dan apa sahaya penyakit yang mula dari kata-kata mulut


P/S : Pastikan anda tidak memberi nama anak atau meberi gelaran pada orang dengan nama-nama Syaitan ini~~~!!!

www.tips-fb.com

Thursday, March 22, 2012

**Fatimah Al-Zahra**

@-@ BeTaPa MuLiaNya FaTiMaH @-@

Kerana di dalam dirinya kemuliaan terbit dari tiga arah
Puteri siapakah dia? Isteri siapakah dia? Dan ibu siapakah dia?

Tidak ada yang lebih mendekati kemuliaan ayahandanya selain dirinya.
Dia adalah puteri kesayangan sang makhluk pilihan dan sang penebar hidayah bagi mereka yang menghendakinya.

Ayahandanya adalah rahmat bagi seluruh alam dan idola hidup di dunia.
Ayahandanya telah membangkitkan jiwa-jiwa yang tertidur lelap dengan kekuatan spiritualnya.

Seolah-olah dia menghidupkan kembali jiwa-jiwa yang tertidur setelah matinya.
Dengan memulai sejarah kehidupan baru, layaknya pengantin yang memulai kehidupan barunya.

Suami Fatimah adalah orang yang disebut dalam surah “Hal ataa”.
Dialah mahkota yang lebih cemerlang daripada sinar mentari di waktu Dhuha.
Dialah sang pemberani yang berkat pertolongan Allah mampu menyingkirkan segala kebatilan dan kezaliman dengan pedangnya.

Rumahnya adalah pondok dan harta kekayaannya adalah pedang yang sentiasa disandangnya.
Namun dalam keluarga Fatimah, membesar dua generasi cemerlang hasil didikan dirinya.

Yakni kedua-dua anaknya, sang pemimpin para mujahid dan sang penyatu umat.
Fatimah adalah contoh bagi para ibu dan teladan dalam segala kemuliaan kehidupan.
Hasan yang mengembalikan penyatuan umat setelah sebelumnya mengalami perpecahan.
Hasan pernah disingkirkan daripada kekhalifahan dan hanya menjadi imam bagi pengikutnya.

Sedangkan Husain termasuk orang yang soleh dan mulia, yang sangat bersih dan murah hati tabiatnya.

Sumber : Isteri dan Puteri rasulullah

www.tips-fb.com

Saturday, January 14, 2012

**iKaN MeNGaJaR eRTi KeiMaNaN**


Iman
Ibarat ikan di lautan
Hidup dipenuhi lingkungan qaram
Bergerak merenangi kemasinan lautan
Namun kemasinan tidak memberi kesan
Tidak meresapi tubuh badan
Selagi hidup kan terus bertahan

Iman
Ibarat ikan di lautan
Ketika ia menemui kematian
Kemasinan mudah meresapi badan
Proses osmosis memainkan peranan
Bangkai lemah tidak bertahan
Akhirnya dipenuhi dengan kemasinan

Iman
Harus terus dihidupkan
Agar terus bertahan
Menapaki liku kehidupan
Merenangi lautan kerosakan
Hidupkan iman dengan amalan
Jangan matikan dengan kemaksiatan

Iman
Cahaya di kala malam
Penyuluh dalam kegelapan
Penunjuk kepada kebenaran
Walau awan gelap mendatang
Ia akan terus memancar
Tanpa ia dimalapkan
~*………………………………………………………………………………………………………………………………………….*~

Sabda Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada malaikat Jibrîl, ketika menjelaskan tentang iman:

أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
“Iman adalah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir, dan engkau beriman kepada qadar, yang baik dan yang buruk.” (HR. al-Bukhâri, no.50; Muslim, no. 9)
Source : Sinergi ( Akh Fakhrullah Bin Mawardi)

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...