BUNGA PENYERI TAMAN SYURGA
WANITA sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkan sesuatu yang unik, indah dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam. Adanya wanita menjadi penyambung zuriat di maya pada.
WANITA SOLEHAH ibarat bunga yang berkembang mekar harum dan bersinar. Menjadi idaman sebagai penyeri suasana. WANITA THOLEHAH (buruk akhlak) ibarat bunga yang layu, kering dan tidak berseri. Tiada siapapun yang sudi. Kalau cantikpun ia hanya ibarat bunga plastic yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
(Q.s. An-Nuur: 31).
WANITA SOLEHAH zaman Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Sumaiyyah, Asma’ dan lain-lainnya telah lama meninggalkan kita. Dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan teladan dan contoh. Tugas kita kini sebagai wanita-wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.
Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :
“Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya.” hari At-Tirmidzi
Islam hanya memberi EMPAT SYARAT untuk wanita menempah tiket ke syurga :
Solat 5 waktu
Puasa di bulan Ramadhan
Taat pada suami
Menjaga kehormatan dan maruah dirinya
Hanya WANITA yang memiliki hati yang beriman dan bertaqwa mampu melaksanakannya. Ganjarannya kelak akan Allah berikan di akhirat di mana mereka ibarat BUNGA PENYERI TAMAN SYURGA.
Jalan capai taqwa mujahadah ( lawan nafsu), jaga kebersihan hati ( jangan makan terlalu banyak tetapi banyakkan membaca Al-Quran) dan bersihkan hati dari nafsu.
Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yangmulia akhlaknya...
Kerana akhlaq wanita ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Wanita ibarat bunga..
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurangmenyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan matakasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tingginilainya..

Sumber : Tinta Tarbiah (2003)
No comments:
Post a Comment