~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~
Showing posts with label Dokumentari. Show all posts
Showing posts with label Dokumentari. Show all posts

Wednesday, April 25, 2012

**NaMa-NaMa aNaK SyaITaN**


1. ZALITUUN
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu

2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mnedapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah

3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama

4. HAFFAF
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras)

5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gossip, umpatan dan apa sahaya penyakit yang mula dari kata-kata mulut


P/S : Pastikan anda tidak memberi nama anak atau meberi gelaran pada orang dengan nama-nama Syaitan ini~~~!!!

www.tips-fb.com

Tuesday, May 11, 2010

~Fenomena Azan Setiap Detik~

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan laungkan azan, mengakui "Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah." Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai lebih 200juta orang. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan Bilal akn melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad s.a.w.



Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah satu hingga dua jam. Belum pun laungan azan di Indonesia selesai, ia bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Mynmar dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dakka di Bangladesh.



Berikutnya Laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di bandar - bandar Pakistan adala 40 minit jadi dalm jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Oman.



Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.


Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke Pantai Timur Atlantik adalah 9 hingga 12 jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan zuhur kini sudah dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

SubhanaAllah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, maka akan bergegarlah satu dunia dengan laungan Azan yang tidak putus-putus.

Subhanallah

Wallahu'alam...

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...