~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~
Showing posts with label Hawa. Show all posts
Showing posts with label Hawa. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

**Hidayah Milik Allah**


Seorang gadis ayu bernama Rosana Tury, lahir dalam sebuah keluarga Kristian Katolik di California. Sudah menjadi kebiasaan, ibu dan ayah Rosana membawanya ke gereja lantaran mereka berdua sangat kuat berpegang kepada ajaran agama mereka. Setiap kali si gadis melihat patung di dalam gereja…pasti akan terdetik di hatinya. “Apakah sebenarnya yang disembah? Mana Tuhannya?”

       Pernah beberapa kali beliau bertanyakan hal itu kepada ayahnya. Ayahnya menyatakan bahawa Tuhan itu telah bersatu dalam roh Jesus di hadapannya dan simbolnya pada patung tersebut. Rosana menerima jawapan tersebut seadanya.

Hinggalah pada suatu hari, sebuah keluarga muslim dari Abu Dhabi mendiami rumah berhampiran rumah mereka. Kedatangan keluarga tersebut hanya sementara kerana salah seorang daripada mereka menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital di sana.

Hubungan yang akrab antara Rosana dan anak gadis keluarga Muslim itu telah membawa Rosana ke Abu Dhabi untuk melancong ketika keluarga muslim itu kembali ke kampong halaman mereka.

Dan berlakulah detik hidayah Allah menembusi jiwa gadis Kristian Katolik yang bernama Rosana Tury ini. Dia terkejut daripada tidurnya kerana mendengar suara laungan yang kuat membelah kedamaian subuh.

Allahuakbar….Allahuakbar….

Allahuakbar….Allahuakbar….
www.tips-fb.com

Thursday, March 22, 2012

**Fatimah Al-Zahra**

@-@ BeTaPa MuLiaNya FaTiMaH @-@

Kerana di dalam dirinya kemuliaan terbit dari tiga arah
Puteri siapakah dia? Isteri siapakah dia? Dan ibu siapakah dia?

Tidak ada yang lebih mendekati kemuliaan ayahandanya selain dirinya.
Dia adalah puteri kesayangan sang makhluk pilihan dan sang penebar hidayah bagi mereka yang menghendakinya.

Ayahandanya adalah rahmat bagi seluruh alam dan idola hidup di dunia.
Ayahandanya telah membangkitkan jiwa-jiwa yang tertidur lelap dengan kekuatan spiritualnya.

Seolah-olah dia menghidupkan kembali jiwa-jiwa yang tertidur setelah matinya.
Dengan memulai sejarah kehidupan baru, layaknya pengantin yang memulai kehidupan barunya.

Suami Fatimah adalah orang yang disebut dalam surah “Hal ataa”.
Dialah mahkota yang lebih cemerlang daripada sinar mentari di waktu Dhuha.
Dialah sang pemberani yang berkat pertolongan Allah mampu menyingkirkan segala kebatilan dan kezaliman dengan pedangnya.

Rumahnya adalah pondok dan harta kekayaannya adalah pedang yang sentiasa disandangnya.
Namun dalam keluarga Fatimah, membesar dua generasi cemerlang hasil didikan dirinya.

Yakni kedua-dua anaknya, sang pemimpin para mujahid dan sang penyatu umat.
Fatimah adalah contoh bagi para ibu dan teladan dalam segala kemuliaan kehidupan.
Hasan yang mengembalikan penyatuan umat setelah sebelumnya mengalami perpecahan.
Hasan pernah disingkirkan daripada kekhalifahan dan hanya menjadi imam bagi pengikutnya.

Sedangkan Husain termasuk orang yang soleh dan mulia, yang sangat bersih dan murah hati tabiatnya.

Sumber : Isteri dan Puteri rasulullah

www.tips-fb.com

Thursday, January 13, 2011

**BuNGa PeNYeRi TaMaN SYuRGa**


BUNGA PENYERI TAMAN SYURGA

WANITA sering diibaratkan sebagai bunga. Bunga lahirnya melambangkan sesuatu yang unik, indah dan berseri. Begitulah wanita. Hadirnya Hawa mengisi kesunyian Adam. Adanya wanita menjadi penyambung zuriat di maya pada.

WANITA SOLEHAH ibarat bunga yang berkembang mekar harum dan bersinar. Menjadi idaman sebagai penyeri suasana. WANITA THOLEHAH (buruk akhlak) ibarat bunga yang layu, kering dan tidak berseri. Tiada siapapun yang sudi. Kalau cantikpun ia hanya ibarat bunga plastic yang tidak harum, kaku dan mudah berdebu.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan  perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..."
 (Q.s. An-Nuur: 31).


WANITA SOLEHAH zaman Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Sumaiyyah, Asma’ dan lain-lainnya telah lama meninggalkan kita. Dengan peribadi dan akhlak mulia mereka untuk dijadikan teladan dan contoh. Tugas kita kini sebagai wanita-wanita akhir zaman adalah untuk mengulangi sejarah yang telah mereka lalui.

www.tips-fb.com

Saturday, July 17, 2010

**Duhai Kasih**


Duhai Kasih...

Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau di mana dikau berada
Dan janganlah biarkan keindahan dirimu
menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.....

Muslimah yang dikasihi,
peliharalah solat mu, tundukkan pandangan matamu
Di hadapan lelaki yang bukan milikmu
kelak engkaulah yang beruah ketika menjadi tetamu Allah
Moga-moga dirimu disambut penuh kasih
oleh bidadari Syurga
Ainul Mardhiah.....

Muslimah yang dikasihi,
Berakhlaklah dengan panduan dari Rasul mu
Contohi dan ikutilah
PAstinya engkau yang bahagia
Sejuk mata memandang bercahaya dunia
Dengan hiasan muslimah solehah
Sepertimu.....

Muslimah yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan
Tanpa bekalan ilmu di dada
Renungilah masa depanmu
Tetapkan iman di dada
Moga ia menjadi perisai buat dirimu
Jangan kail panjang sejengkal
Lautan dalam hendak diduga.....

Muslimah yang dikasihi,
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu
kasihi Tuhanmu...
Redhalah islam menjadi agamamu
Pastu tiada kecewa buatmu

Muslimah yang dikasihi...
kelak suatu hari nanti ada insan yang menantimu
berkat kasihmu pada Allah yang satu
Pastu itulah insan yang menjadi cintamu di dunia
Wasilah dari Allah.....

Moga bertambahlah redha Allah pada mu
Melimpah kasih-Nya pada mu
Sebelum cinta pada kekasih
yang menjadi pilihan hatimu
Kerana engkau meletak kasihmu pada-Nya dahulu.....

www.tips-fb.com

Friday, June 18, 2010

**Lembaran Hidup Wanita Solehah**


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan RasulullHartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya haya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...


-Khas Untuk MusliMaH- www.tips-fb.com

Tuesday, April 27, 2010

~Bidadari Syurga~

"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita, sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz,

Wanita tersebut wajar diberi ucapan SYABAS kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

sbb puncanya adalah kerana 'CEMBURU'

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Ana pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,

"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Ana tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?

hmm... tak apa la sebab mungkin ramai yg masih belum memahami makna setiap bait ayat al-Quran yg dibaca...

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar ana beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si wanita tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:

"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki.

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"

Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,

Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...' latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta- juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya.

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.

"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian .

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya. ..atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja..

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~

Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...