~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~
Showing posts with label Islam Dan Sains. Show all posts
Showing posts with label Islam Dan Sains. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

**Tiga Maslahat Pengurai Tali Simpulan Kehidupan**


Syeikh Said Hawa berkata “ Ulama fikah berpendapat, mengimani Islam secra keseluruhannya adalah syarat sahnya Islam seseorang. Ia juga adalah syarat sahnya ucapan dua kalimah syahadah. Berdasarkan ini, sesiapa yang tidak mengimani islam secara keseluruhannya, iaitu tidak mengimani Islam adalah akidah, ibadah dan sistem hidup yang merangkumi seluruh permasalahan mukalaf sama ada yang berkaitan dengan urusan dunia ataupun akhirat, kafirlah ia. Namun sekiranya dia sekadar cuai dengan meninggalkan perkara yang diperintahkan ke atasnya ataupun melakukan perkara yang tidak dianggap membatalkan syahadah, dia tetap kekal sebagai seorang Muslim, tetapi perbuatannya dianggap sebagai fasiq”.

Islam tidak dianggap secara terpisah-pisah diantara satu dengan yang lain iaitu bidang syariat, bidang akhlak, bidang ekonomi, bidang perubatan dan yang lain. Ia diibaratkan seperti kaki yang tidak dapat dipisahkan dengan tubuh badan manusia. Kehilangannya menyebabkan kepincangan pada hidup manusia. Di samping itu, Islam juga tidak menerima sebarang bentuk campur aduk dengan falsafah hidup yang lain.

Imam Qatadah berkata “ Jangan kamu campuradukkan cara hidup Yahudi dan Nasrani dengan Islam kerana Allah hanya menerima Islam sebagai agamamu.”

Terdapat 3 maslahat (keperluan) yang dipelihara dan diselesaikan oleh Islam untuk manusia untuk menjamin sebagai agama yang lengkap.

·         *** Perkara Daruriyat
·         *** Perkara Hajjiyat
·        ***  Perkara Tahsiniyat

PERTAMA :  PERKARA DARURIYAT

Perkara ini merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Tanpa keperluan ini, kehidupan manusia akan hancur dan ianya akan mendatangkan seksaan pada hari akhirat. Keperluan daruriyat terbahagi kepada lima bahagian :

  • ·         Agama
  • ·         Nyawa
  • ·         Akal
  • ·          Keturunan
  • ·         Harta benda
www.tips-fb.com

Sunday, May 1, 2011

**SuNNaH Mu IkuTaN Ku**

   Pemikiran barat kini sedang berdepan dengan pertelikahan diantara agama dan sains. Mustahil untuk pemikir barat menerima hakikat bahwa agama dan sains boleh bergerak seiring. Kitab Bible yang dipercayai penganut Kristian menegaskan pohon larangan yang Nabi Adam ('alahi salaam) ditegah memakan buahnya ialah pohon ilmu. Justeru, selepas baginda memakannya, baginda mendapat ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Atas sebab inilah Eropah membazirkan dua kurun (2000 tahun- penterjemah) berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu saintifik yang dipelopori orang-orang Islam.

Tahukah anda dengan mengamalkan minum secawan the “O” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda?? InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.
Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti melalukan amalan :
1.Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
*  Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh perhatikan kebanyakan orang yang mandi pagi tergolong dikalangan orang yang tidak gemuk.

*      Daripada Imam Ahmad Asy-Syaraji

Dalam menjaga kesihatan, Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar iaitu mandi sekitar pukul 4 pagi ( sebelum subuh ). Kelebihan mandi fajar, antaranya:

Tidak terkena penyakit asma
2. Terhindar dari angkara jahat seperti sihir , baik dari jin atau manusia
3. Tubuh badan menjadi sihat
4. Wajah bercahaya
5. Doanya mudah dimakbulkan Allah
6. Wajah menjadi awet muda
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...