~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Wednesday, October 26, 2011

**Tafsir Yaasin Dari Perspektif Sains**


Anas bin malik meriwayatkan Nabi SAW bersabda , maksudnya :


“Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali”. (hadith riwayat a-Tarmizi)

Surah Yasin adalah surah ke 36 daripada 114 surah di dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 83 ayat yang tergolong dalam surah makkiyyah serta diturunkan selepas surah aj-jin. Surah Yasin ini dianggap paling keramat di kalangan masyarakat nusantara iaitu kepulauan melayu. Ini kerana kebanyakan masyarakat di kepulauan ini boleh dikatakan menghafal surah Yasin dan dibaca di dalam majlis-majlis agama yang diadakan seperti tahlil dan bacaan Yasin setiap malam Jumaat.

Dasarnya, al-quran diturunkan untuk dibaca, difahami dan diamalkan oleh semua umat manusia. Surah Yasin diturunkan bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan semangat Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangan baginda dan juga diturunkan untuk menambahkan pengetahuan umat Islam sendiri tentang akidah tauhid, sejarah perjuangan para anbiya’ dan para pengikut mereka yang beriman dan juga tentang fenomena alam semesta.

Terdapat beberapa fasa di dalam surah Yasin. Antaranya :

Fasa 1 : Ayat 1 hingga 12
*Allah menegaskan bahawa Nabi Muhammad ialah seorang rasul yang dilantik untuk menyebarkan Islam ke seluruh umat Islam bagi memperbetulkan segala penyelewengan akidah yang berlaku.

Fasa 2 : Ayat 13 hingga 32
*Allah menjelaskan kaedah berdialog yang terbaik kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda sentiasa berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat khusunya golongan yang bijak dan berpengaruh. Ini dapat menghindarkan sikap berpegang kepada mitos yang disogok ke dalam kitab-kitab agama yang telah diubah isi kandungannya.

Fasa 3 : Ayat 33 hinga 40
*konsep sains hayat dan kosmos diterangkan supaya manusia sedar bahawa itu adalah bukti yang menunjukkan Allah ialah pencipta Yang maha Bijaksana.

Fasa 4 : Ayat 41 hingga 44
*Allah memaparkan kisah tribulasi perjuangan nabi Nuh untuk dibandingkan oleh Nabi Muhammad dengan tribulasi perjuangannya sendiri dimana walaupun perjuangannya cukup getir, namun perjuangan Nabi Nuh a.s lebih getir kerana kesukaran mendapat sokongan daripada kaumnya sendiri dan perjuangan yang mengambil masa terlalu panjang.

Fasa 5 : Ayat 45 hingga 68
*Allah menceritakan kisah hari kiamat, kebangkitan semula manusia dari kubur, padang mahsyar, syurga, nerakan serta keadaan penghuni di dalamnya. Tujuannya untuk menyedarkan manusia bahawa hakikat kehidupan akan melalui 2 peringkat iaitu di dunia dan di akhirat.

Fasa 6 : Ayat 69 hingga 70
*Allah menafikan dakwaan para sasterawan Quraisy yang menyamakan al-Quran dengan syair dan menafikan tuduhan mereka yang mengatakan Nabi Muhammad ialah seorang penyair yang pandai menggunakan ilmu sihir.

Fasa 7 : Ayat 71 hingga 81
*Allah memerintahkan manusia supaya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir bagi mencari rahsia kejadian alam ciptaan-Nya agar menjadi orang yang beriman dan berilmu pengetahuan. Hakikat ini kerana beriman tanpa ilmu adalah lemah dan berilmu tanpa iman adalah kufur.

Fasa 8 : Ayat 82 hingga 83
*Allah membuat kesimpulan terhadap seluruh persoalan yang dibangkitkan dalam surah ini. berasaskan kuasa mutlak yang ada pada-Nya, Allah mampu menciptakan sesuatu dalam sekelip mata. Namun menurut fitrah, sunnah, gaqak dak qadar-Nya, sesuatu itu tidak dijadikan secara tiba-tiba tetapi secara berevolusi.

***~~~~~~~~~~~~~~~ BUKTI SAINTIFIK YASIN ~~~~~~~~~~~~~~~***

Paparan bukti-bukti saintifik khususnya yang berhubung dengan alam kosmos semestinya dapat membuka minda orang yang berakal agar mereka berfikir secara mendalam dan seterusnya mengakui kebenaran Nabi Muhammad dan wahyu itu sendiri.

1) Kejadian Bumi menurut Al-Quran dan Ahli Sains


“Satu bukti lagi buat mereka ialah planet bumi (pada peringkat awal ia hanya merupakan sebuah planet yang mati). Kami menghidupkannya dan mengeluarkan bijirin daripada permukaannya. Antara bijirin-bijirin itu merekalah yang memakannya” (33)
www.tips-fb.com

Tuesday, October 25, 2011

**SeMaNiS RaCuN BeRBiSa**


SENJATA PELURU BERACUN

Tidak diragukan lagi kekuatan umat Islam suatu katika dahulu umpama bangunan yang amat kukuh, sehinggakan tiada lautan tentera yang tidak mampu dihempas oleh ombak tsunami tentera Islam. Roh jihad yang dipancarkan oleh ajaran Al-Quran dan As-Sunnah begitu hebat melahirkan keberanian, kecekalan dan kepahlawanan yang sukar ditandingi. Akidah Islam yang menjadi asas yang pejal terhadap tentera Islam itu amat ditakuti. Maka, musuh Islam mencari jalan bagi menghancurkan asas kekuatan itu dan kini sedarlah, Al-Qhazwah Al-Fikr (Perang Pemikiran) adalah jalan utama mereka menghancurkan kita!!!

Suatu bukti ketika Syria dan Lubnan dapat dikuaasai oleh Perancis selepas Perang Dunia Pertama. Di samping armada-armada bersenjata, dibawa bersama sebuah kapal yang sarat berisi pelacur. Apabila kapten kapal tersebut ditanya, beliau menjawab dengan licik ;

“Armada-armada bersenjata itu mungkin akan hilang kesannya. Adapun armada jenis ini (berisi pelacur) maka kesannya tidak akan hilang sama sekali”

Senjata yang menggunakan peluru wanita, hiburan yang melampau, fesyen pendedahan aurat, hiburan sukan yang menipu, dan pelbagai lagi jenis peluru yang ditembak menghancurkan benteng aqidah umat Islam. Inilah perang pemikiran yang merupakan senjata halus menyusup masuk ke dalam umat Islam dewasa ini. sebagai contoh yang lain, berapa ramai manusia kerana sebiji bola, melambatkan bahkan meninggalkan solat fardhu, kerana sebiji bola, sanggup bersengkang mata awal pagi berbanding bertilawah dan bertahajjud. Hanya kerana sebiji bola, berbillion umat Islam hancur keimanannya?? Akhirnya, kejayaan Islam tidak selalu disebabkan kita, tapi kejatuhan Islam boleh dikatakan sering disebabkan oleh diri kita sendiri.

Belum lagi bila dikatakan mengenai hiburan yang melampau (hedonism). Habis anak-anak muda bahkan anak-anak tua (dewasa) kita terhegeh-hegeh memenuhi konsert-konsert hiburan yang jelas merosakkan berbanding mereka datang ke program-program Islam samada ceramah-ceramah, kem-kem membina iman, program-program motivasi Islam, apatah lagi majlis-majlis ilmu yang lebih khusus seperti halaqah. Memang pada pandangan nafsu, hedonism itu semanis madu, tapi sebenarnya ia racun berbisa. Tidak lupa juga yang ingin diutarakan, anak muda kita yang sentiasa tidak lari dengan fesyen pendedahan aurat, sehinggakan fesyen sering di’update’kan tapi keimanan sering di’downgrade’kan, fesyen pakaian sering diperindah, tapi keimanan sering dikoyakkan. Inilah peperangan dasyat yang sedang kita hadapi, dan malangnya terlalu ramai telah dikalahkan dan sedang dijajah pemikirannya!!
www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...