Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Adakah patut kamu hanya percaya kepada sebahagian kitab (Taurat) dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian itu daripada antara kamu, selain daripada kehinaan ketika hidup di dunia”
[Surah al-Baqarah 2: 85]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~************~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-Tetapi apakah dengan amalan yang dilakukan kini mampu meraih cinta yang sedang dihulurkan olehnya kini? Tergolongkah kita untuk mendapatkan syafaat daripadanya di akhirat kelak? -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~************~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai diri yang mengaku daripada umat Muhammad SAW
Letakkanlah sebuah cermin besar di hadapanmu
Wajah dan susuk tubuhmu akan jelas kau lihat
Mari jelajah wajahmu dahulu…..sirna apakah yang ada pada dahimu
Pada dahi umat Muhammad yang benar-benar mencintai Rasulullah ini
Harus ada bukti….harus ada sinar….ada Nur
Jangan engkau bebas mendakwa cinta tanpa tanda!
“Ya Rasulullah….saya ingin meminta sesuatu kepadamu….” Rayu Rabi’ah nin Ka’ab al-Aslami dengan mata yang berkaca.
“Katakannya…. Wahai Rabi’ah,” ujar Rasulullah SAW.
“Aku ingin jaminan….untuk berada di sampingmu di Syurga Allah nanti.” Pinta Rabi’ah sejujurnya.
“Adakah yang lain ingin kau minta?” Tanya Rasulullah SAW.
“Hanya itu sahaja, ya Rasulullah.”
“Kalau begitu, bantulah aku memenuhi keinginanmu dengan dikau perbanyak sujud,” jawab Rasulullah SAW.
INILAH TANDA CINTA….
Dahi yang sentiasa sujud ke hadrat Allah Azzawajalla
Lambang percintaan antara Nabi Muhammad SAW dengan umatnya.
Dahi yang redha dan puas tersembam ke tanah…. Memuja dan memuji Allah SWT.
Apakah Tanda Cinta ada pada bibirmu?
Tatkala Rasulullah SAW menjelaskan kepada sahabat-sahabat Baginda.
Tentang pintu kebaikan
Iaitu berpuasa dan solat di tengah malam
Kemudian Nabi Muhammad SAW menyimpulkan….
“Mahukah kamu aku tunjukkan dasar pada segala kebaikan?”
Muadz r.a. menjawab pantas…. “Pasti, ya Rasulullah.”
Lalu pemimpin agung ini meletakkan jarinya di bibir dan menunjukkan ke arah lidah Baginda…. “jagalah yang ini. manusia dilempar ke nerakan kerana lidah mereka.”
Wahai diri yang mengaku umat Muhammad SAW.
Hanya dahi dan lidah yang ingin diperhalusi dahulu.
Benarkah ada CINTA?
Atau sebenarnya cinta agung Muhammad pada umatnya…. Tidak pun kau sambut.
Tergamak hatimu melupakan kasih yang mulia itu.
Adakah kau lupa?
Saat kesakitan Nabi ketika malaikat maut berkunjung.
Lalu Nabi menanyakan malaikat Jibrail, “Apakah berita gembira untuknya?”
“Seluruh pintu langit dan Syurga telah terbuka menyambutmu wahai Rasulullah yang mulia.”
Namun, Rasulullah masih belum lega…. “ Aku ingin mendengar jaminan Allah terhadap umatku.”
Jibrail menyambung, “Untuk umatmu…. Tidak akan masuk Syurga umat yang lain sehingga seluruh umatmu memasukinya terlebih dahulu.”
Dan itulah jaminan yang membawa kedamaian dalam jiwa Nabi ini….
Setelah seluruh hidup masa, tenaga, dan jiwa raganya menyeru umat agar selamat.
Lalu kembalilah Nabi yang penuh rahmat ini kepada kekasihnya…. Allah Rabbul izzati.
Renung-renungkan~~~~~
Tulisan : Norhafizah Musa & Wan Nor Ainon Wan Abdullah