dititik nokhtah itu ku sambung bicara penaku … menyambung perjalanan dari satu titik kehidupan ke satu kehidupan yang selamanya hingga bertemu titik akhir di negeri abadi.
kerana aku tidak mahu mati dipertengahan pengembaraan.. aku ingin terus bergerak bersama jiwa yang lebih segar… menyegarkan jiwa ku dan juga mana-mana jiwa-jiwa yang layu … satu misi pengembaraan sang faqir..
pencarian itu membawa jiwa ku kesini. .. aku sedang mencari rasa yang pernah hadir melayukan hati ini dalam belaianNya.. Ar-Raja’ .. Al-Khauf.. Ar-Redha.. ah! aku teramat ingin megihidupakannya.
disetiap hentian sapaan sang ujian memberi seribu satu ibrah dan aku si faqir yang lemah menggigihkan diri untuk segera bersiap untuk bergerak meneruskan pengembaraan cintaku.
dan disinilah.. kembara cintaku melabuhkan intipati kehidupan yang amat aku harapkan menjadi ibrah dan peringatan buat diriku yang sering alpa juga buat semua..
disinilah kuhimpunkan segala rasa, fikiran, cetusan ilham malah dapatan ilmu buat bekalan pengembaraanku.. ” Ya Rabb moga tiap bait kata yang ku aturkan disini menambahkan cintaku padaMu..bernaung kasih dan rahmatMu dan moga merimbun pohon cintaku menggapai redhaMu ..amin! “
bila hati gagal melupakan bila hati gagal meninggalkan bila hati sering mengingatinya
itulah racun rindu
rindu ini memanggil aku menarikan tarian jemari diruang ini. sudah lama kiranya aku berhijrah.mencari ruang baru untuk lembaran baru..
ya.. tanah lama, yang hampir menghimpun segenap jiwaku disini manakan sama dengan tanah baru..seperti rindunya Rasulullah pada Mekah tika di Madinah.. begitulah rinduku pada ruang ini walau ruang kembaracintaku kini menjadi ruang luahan jiwa meneruskan pengembaraan erti sebuah kehidupan.
ku sering mengintai coretan-coretan jiwaku sebagai satu muhasabah.malah hingga terkadang bilamana kurasakan kehilangan semangat yang dahulu kurasakan auranya..disinilah ku kembali menyelongkar semula jiwaku ...
dan amat sukarnya diri bila tercedera dek rindu ... apatah lagi tika berharap-harap mengapai semula apa yang telah tiada...
Kadangkala bila rindu datang bertamu Resah menanti dihujung rasa Berfikir kemana ia akan pergi Mahu disandarkan pada siapa Acapkali kali beratnya rindu pasti airmata menjadi teman Rindu sukar untuk diterjemahkan Tapi hati begitu memahami Betapa dalam rindu itu Pujuklah iman Sandarkan rindu itu pada Allah Pasti akan temui rindu yang dinanti