Saturday, August 7, 2010
**Kembara Cinta Ku**
:: Bismillahirahamanirrahim ::
Subhanallah walhamdulillah Allahuakhbar!
dititik nokhtah itu ku sambung bicara penaku … menyambung perjalanan dari satu titik kehidupan ke satu kehidupan yang selamanya hingga bertemu titik akhir di negeri abadi.
kerana aku tidak mahu mati dipertengahan pengembaraan.. aku ingin terus bergerak bersama jiwa yang lebih segar… menyegarkan jiwa ku dan juga mana-mana jiwa-jiwa yang layu … satu misi pengembaraan sang faqir..
pencarian itu membawa jiwa ku kesini. .. aku sedang mencari rasa yang pernah hadir melayukan hati ini dalam belaianNya.. Ar-Raja’ .. Al-Khauf.. Ar-Redha.. ah! aku teramat ingin megihidupakannya.
disetiap hentian sapaan sang ujian memberi seribu satu ibrah dan aku si faqir yang lemah menggigihkan diri untuk segera bersiap untuk bergerak meneruskan pengembaraan cintaku.
dan disinilah.. kembara cintaku melabuhkan intipati kehidupan yang amat aku harapkan menjadi ibrah dan peringatan buat diriku yang sering alpa juga buat semua..
disinilah kuhimpunkan segala rasa, fikiran, cetusan ilham malah dapatan ilmu buat bekalan pengembaraanku..
” Ya Rabb moga tiap bait kata yang ku aturkan disini menambahkan cintaku padaMu..bernaung kasih dan rahmatMu dan moga merimbun pohon cintaku menggapai redhaMu ..amin! “
salam kembara.. salam cinta.. salam kembara cinta menju cintaNya cinta teragung!
(Petikan dari multiply ANNuur)
barakallahufik wassalam…
Labels:
Nukilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment