~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Sunday, October 24, 2010

** Final Exam Tahun 3 Semester 1**



25/10/2010 ------> HUBUNGAN ETNIK DAN IDENTITI
(12.00pm - 2.00pm)

27/10/2010 ------> INSTRUMENTASI KIMIA I
(3.30pm - 6.00 pm)

1/11/2010 ------> TEKNOLOGI ENZIM
(12.00 pm - 2.30 pm)

2/10/2010 ------> PENGANTAR BIMBINGAN DAN RUNDINGCARA
(3.30 pm - 5.00 pm)

YA ALLAH, PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.. AMIN~~~~


www.tips-fb.com

**Final Exam Kembali Menghantui**



Assalamualaikum semua...selamat pagi...salam ukhwah...

moga hari ini diri kita penuh dengan semangat yang berkobar-kobar sempena hari bahagia yang bakal menjelang beberapa jam sahaja lagi..hari bahagia??? bahagia macamane tu??kahwin ke????*_*

OH...Tidakk...bukan bab kawen ye...yang tu kita letak dalam poket dulu..hehe...apa lagi perkara yang menghantui pelajar-pelajar di IPT sekarang kalau bukan "FINAL EXAM" ye tak??? hehehe~~~

Sama seperti saya.. final exam mula menghantui diri.. bab kata orang tua " tido tak lena, mandi tak basah" keadaan macam orang angau cintan la katakan..hehe...asyik terfikir je..macamana la nak exam ni..nota banyak tak baca lagi..aduhhh~~~persoalan yang sama menghantui setiap kali exam bakal ku tempuhi..

tapi apa yang penting..DUIT!!! (mimos ni ape hal pulak.tiba-tiba masuk soal duit ni..dah la tengah kering sekarang)..kalau sebut soal DUIT.. ape dalam fikiran kita?? betapa pentingnya DUIT pada manusia sejak dr azali lagi.. x ada duit..dok diam la kita.. apa yang ada pada duit~~~~~

D = DOA
U = USAHA
I = IKHTIAR
T = TAWAKAL

usaha kita untuk tempuhi saat-saat genting tu.. bagaimana kita handle hidup kita..adakah mahu di tahap yang sama atau mahu melonjak naik atau pun mahu terus menjunam jatuh? hmm.. semestinya apa yang terbaik untuk kita yang diimpikan...

Usaha dan doa ibarat irama dan lagu. Keduanya berjalan serentak dan bergandingan tangan.Doa merupakan ibadah, kerendahan hati, dan penghambaan. Dengan perantara doa, manusia akan menemukan perhatian baru terhadap Dzat Allah. Sebagaimana seluruh ibadah mempunyai pengaruh yang mendidik, doa pun mempunyai pengaruh yang demikian pula.

Oleh karena itu, kita melihat Imam Ash-Shadiq a.s. dalam salah satu hadis berkata,

“Di sisi Allah Swt. terdapat sebuah kedudukan di mana seseorang tidak akan sampai ke sana tanpa melakukan doa.”

setelah semunya kita kerjakan.. dengan doa yang tiada henti.. seharusnya bertawakkal kepada Allah.. serahkan pada Allah.. semunya yang diberikan adalah yang terbaik untuk kita.

Tawakal kepada Allah swt. dimana manusia menjadikan Allah sebagai wakilnya dalam menghadapi persoalan, musibah-musibah kehidupan, musuh, para penentang, dan masalah-masalah yang sedang dihadapinya. Dan ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan dan memecahkan persoalannya, ia akan menyandarkan diri kepada-Nya tanpa menghentikan upayanya. Bahkan, tatkala ia sendiri mempuyai kemampuan untuk melakukan pekerjaannya, ia tetap menganggap bahwa faktor utama semua itu hanyalah Allah Swt. karana bagi setiap mukmin, sumber segenap kekuatan adalah Allah Swt.

“Mengapa kami tidak akan bertawakal kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan kepada kami, dan kami sungguh-sungguh akan bersabar terhadap gangguan-gangguan yang Kamu lakukan kepada kami. Dan hanya kepada Allah-lah orang-orang yang bertawakal akan berserah diri.” (QS. Ibrahim [14]: 12)

Dengan memahami konsep DUIT ini..insyaAllah.. kita tidak akan berputus asa.. kerana masa depan kita di dalam rahsia Allah..InsyaAllah..

Wallahualam... (",)

p/s : bittaufiq wannajah untuk sahabat2 yang bakal menduduki exam ..lakukan yang terbaik.. Hidup dan Mati hanya Untuk Islam.. Chaiyokk!!!~~~


www.tips-fb.com

Thursday, October 21, 2010

**Sanah Helwah**



Assalamualaikum sahabat2...apa khabar smua.. apa khabar iman kita? hati kita? masih trjaga sepenuhnya?? insyaAllah.. everything ok kan~~~ ;)

Alhamdulillah.. kali ini saya curi2 masa buat entry terbaru ni.. yang semestinya brkait dengan hari lahir kan..hehe..
Tanggal 21.10.2010 genap umurku 22 tahun.. ( kalau dalm kelendar Islam :10 rabiulawal 1409) dah x lama jugak tu...ngeh3x =p

Hari ini diriku bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk masih bernafas di atas muka bumi Allah ini.. bersyukur kerana masih sempat diberi peluang oleh Allah untuk terus melakukan amal.. terima kasih Ya Allah untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan, terima kasih untuk bakat dan anugerah yang Engkau anugerahkan padaku. Sesungguhnya terlalu banyak yang Engkau telah berikan padaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu


" Ya Allah kadang2 trasa malu diriku pada-Mu... diri ini sering melakukan dosa.. sering alpa dalam suruhanmu.. tapi Allah Maha Pemurah..Maha Penyayang.. masih tetap menerima diriku yang hina ini.. diri seumpama daun kering yang hanya menunggu masa untuk gugur..tetapi dihidupkan kembali dengan nikmat hujan dari-Mu.. Ya Allah..betapa kasihnya Allah pada setiap makhluknya...tapi... adakah ku sedar semua ini???? sedarkah diriku??? sedar untuk berapa lama?? sehari?? 2 hari?? atau pn hanya terdetik seketika di hati kecil ini bagai angin lalu??? =( "



Dalam usia begini, Maka semakin pendeklah umurku sebenarnya. Pendek kerana semakin dekat dan hampir aku kepada kematian.aku ingin menjadi lebih dekat padaMu. Aku ingin lebih merindui-Mu Ya Rahim. dala usia meniti senja ini, yang kuharapkan hanyalah ketenangan, kekhusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Sepanjang bergelar hamba Allah, aku tidak tahu sejauh mana amalku selama ini diterima Allah. Adakah segala amalku selama ini hanyalah sia-sia atau tidak. Aku tidak tahu masih sayangkah Allah padaku.

Ya Allah dekatkanlah aku pada-Mu. Limpahkanlah rahmat kasih sayang-Mu pada hamba-Mu yang lemah ini.

Ya Al-Hakim, berikanlah ilham kepadaku agar aku terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. hulurkan padaku kebijaksaan agar aku terus mampu memacu kalam keinsanan sehingga tiba waktunya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah ampunkanlah segala doaku yang tak terhitung banyaknya. Aku insan yang lemah Ya Allah. Berikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini.Jadikanlah aku anak yang solehah.. yang sntiasa mengembirakan hati ummi abahku..
peliharalah diriku agar terus teguh di TaliMu.Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al-Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin~~~




"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan"



www.tips-fb.com

Sunday, October 17, 2010

**Khasiat Aleo Vera**




Assalamualaikum w.b.t

hari ni sy rasa nk kongsi ckit info kesihatan yg dipetik dr sbuah artikel yg smemangnya InsyaAllah blh diterima pakai dan dh diamalkn oleh nenek moyang kita sjak dulu kala lg..hehehe~~~
utk student2 sains.. asenya blh kaji dgn lebih trperinci bab lidah buaya ni.. sy pn rasa brminat nk kaji gk ni..tapi tnggulah lain tahun dlu (",)

" jika anak, ayah, mak, adik beradik @ sesape je dikalangan kita yang terluka menyebabkan darah mengalir dan tidak berhenti, tindakan segera yang patut diambil ialah menyapu lendir daun lidah buaya atau aleo vera. Lumurkan di bahagian terkena luka tersebut InsyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka akan tertutup. selain daripada itu, daun lidah buaya juda dapat digunakan sebagai perapi kulit dan juga merawat parut dan jerawat.. ( haa...gadis2 di luar sana.. anda tahu kn ape yg perlu dibuat skang..kih3~~

Wallahualam... (",)


www.tips-fb.com

Thursday, October 7, 2010

**BiCaRa HaTi SuAMi & IsTeRi**


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka
berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian
si isteri bertanya
kepada si suami.

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan. sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”.

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di
sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:

“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintaimu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?
Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

-BiCaRa HatiKu-

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...