~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Tuesday, May 18, 2010

**Hijab Untuk Wanita**



--Mengapa Islam merendahkan wanita dengan menyembunyikan mereka di sebalik tudung???--

kadang-kadang mesti terdetik di sanubari antum mengapa golongan wanita diwajibkan menutup auratnya iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan??hmm...kt entry terbaru ni ana nak kongsi sikit tentang info yang ana dapat dari 1 sumber ..InsyaAllah..dapat dikongsi bersama..hehe =)

Antara sebab wanita disuruh memakai tudung adalah

  1. status wanita di dalam Islam sering dijadikan sasaran serangan media sekular.
  2. hijab @ pakaian Islam selalu disebut sebagai contoh penguasaan wanita di bawah undang-undang islam.

Hijab untuk LELAKI

biasanya, 'hijab' hanya dibincangkan dalam konteks wanita. walaubagaimanapun, di dalam Al-Quran, Allah S.A.W terlebih dahulu menyebut tentang 'hijab' untuk lelaki sebelim 'hijab' untuk wanita.

"Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." [An-Nuur 24:30]

sebaik sahaja seseorang lelaki memandang wanita dan timbul pemikiran yang kurang elok dan memalukan, hendaklah dia menahan pandangannya.

Hijab untuk WANITA

"Katakanlah kepada wanita yang beriman : hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka..." [An-Nuur 24:31]3.

Kriteria Hijab

Menurut Al-Quran dan Sunnah, pada dasarnya terdapat 6 kriteria dalam pematuhan hijab.

1. Aurat

  • kriteria pertama adalah had tubuh yang perlu ditutup. ini berbeza di antara lelaki dan wanita. had yang wajib bg lelaki adalah menutup bahagian tubuh sekurang-kurangnya daripada pusat hingga lutut. Bagi wanita, had wajib adalah keseluruhan tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan. jika mahu, bahagian tersebut juga boleh ditutup. sebahagian ulama' islam menegaskan bhawa muka dan tapak tangan adalah wajib dalam pematuhan 'hijab'

lima kriteria lain adalah sama bagi lelaki dan wanita.

2. Pakaian yang longgar dan tidak mendedahkan susuk tubuh.

3. Pakaian yang tidak jarang sehingga seseorang dapat melihat di sebalik pakaiannya.

4. Pakaian hendaklah tidak terlalu galmor sehingga menarik perhatian kaum bukan sejenis.

5. Pakaian juga tidak dapat menyerupai pakaian kaum bukan sejenis.

6. Pakaian juga hendaklah tidak menyerupai pakaian orang yang tidak mempercayai Islaml iaitu tidak mengenakan pakaian yang menyerupai identity atau symbol khas agama kaum yang tidak mempercayai Islam.

Hijab mengelakkan pencabulan

Mengapa hijab dianjurkan untuk wanita disebut di dalam Al-Quran :

“ Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min : hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-Azhab 33:59]

Al-Quran menyebut bahawa hijab dianjurkan kepada wanita agar mereka dikenali sebagai wanita bersopan dan juga mengelakkan mereka daripada pencabulan.

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...