~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Friday, June 18, 2010

**Mitos Pemakanan Sihat**



seperti yang kita sudah ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. walaupun amalkan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika kita mempercayainya.

berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat : jom baca....hehe =)

1. BERSENAM DENGAN PERUT KOSONG.

Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. jiak anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. BERGANTUNG KEPADA BISKUT DAN MINUMAN TENAGA

walaupun elok mengambilnya sekali-sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan is penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI

tidak mengambil sarapan pagi bukan idea yang bagus memandangkan sarapan pagi memulakan hari anda. badan anda memerlukan bahan bakar secepat mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hinga ke tengah hari.


4. DIET RENDAH KARBOHIDRAT

badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.

5. MAKAN APA SAJA YAN ANDA MAHU

pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu. kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. KALORI TIDAK MENCUKUPI

walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untul menurunkan 1-2 paun seminggu. pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.

7. KURANG MINUM

air, susu dan jus adlah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.

menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat bada anda. tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. jika anda memberi peluang kepada pemakana sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia menggubah kehidupan anda kepada yang lebih baik..

Wallahualam.. Selamat mencuba....tata =)


www.tips-fb.com

2 comments:

  1. km ada tebaca yg klu seorg dewasa sihat meminum dua kali minuman tenaga, risiko darah tinggi meningkat...lbey kurang cm2 la...
    hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...