~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Saturday, February 19, 2011

**DoA SeNJaTa oRaNg MuKMiN**

-  DOA ITU PENTING –
Doa amat penting kerana doa itu merupakan cetusan keimanan seseorang hamba ke hadrat Allah S.W.T yang Maha Agung untuk memohon memenuhi sesuatu yang tidak akan dicapai melainkan dengan pertolongan-Nya.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi). 
Doa memainkan peranan penting dalam merubah suasana hidup seseorang hamba jika dia itu menghayati kaedah dan cara yang ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W.
Doa dalam islam merupakan satu usaha dan senjata yang perlu ada pada setiap mukmin yang memerlukan sesuatu yang mungkin samada dalam waktu dharurat atau pun dalam waktu biasa. Usaha ini perlu disepakati oleh semua anggota badan secara suci dan penuh yakin. Isinya ialah rayuan atau permohonan pada perkara yang boleh jadi, bukan perkara sebaliknya. Arah dan tempat permohonannya ditujukan kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang berdoa itu hendaklah diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya agar doanya itu dikabulkan oleh Allah S.W.T.

- PENGERTIAN DOA –
Doa pada bahasa :
Doa dalam pengertian bahasa bermaksud permintaan, seruan dan permohonan. Orang yang berhajat sesuatu perkara atau bantuan dan pertolongan daripada orang lain yang lebih berkuasa dan tinggi kedudukannya contohnya seperti seorang anak yang berhajat kepada sebuah buku untuk belajar, ia akan meminta kepada ibu bapanya. Kalau permintaannya itu difikirkan baik dan bermanfaat, maka si ibu akan menerima permintaannya permohonan yang dilakukan oleh seseorang terhadap seseorang yang kedudukannya lebih berkuasa dan tinggi daripadanya.

Doa pada Ibadat :
Doa dalam pengertian ibadat bermaksud permintaan, seruan, gesaan, rayuan atau permohonan yang dilakukan oleh hanba terhadap Allah S.W.T untuk mendapatkan sesuatu kebaikan dan mengelakkan daripada sesuatu keburukan.
Oleh kerana Allah adalah Tuhan yang menjadikan makhluk ini, termasuk manusia, maka manusia ini adalah hamba-Nya. Allah mempunyai kuasa mutla terhadap manusia. Dia boleh memperakukan manusia sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Dengan rahmat-Nya manusia dikurniakan Allah S.W.T dengan pelbagai kemudahan untuk menjalani hidup di dunia. Ini merupakan satu percubaan bagi menentukan corak kehidupan abadi di akhirat kerana itu, manusia amat memerkukan doa untuk merayu memohon belas ihsan daripada Allah S.W.T.

- ANTARA HIKMAH DAN TUJUAN DOA-
  • Ø  Untuk mendapat keampunan daripada Allah dari segala dosa yang lalu.
  • Ø  Untuk berdampingan diri dengan Allah.
  • Ø  Untuk memperoleh ketenangan dan kebersihan jiwa.
  • Ø  Untuk melahirkan kebesaran dan keinsafan, kebesaran kekuasaan Allah.
  • Ø  Sebagai menghayati da mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Ø  Bagi memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  • Ø  Untuk hidup sebagai hamba Allah yang ikhlas dan bertaqwa.

- DOA YANG AFDHAL-
  • Ø  Doa Mathurat ( Al-Quran : Hadis )
  • Ø  Pendek serta padat.
  • Ø  Berdoa dengan bahasa Arab
  • Ø  Sebutan biasa bukan bahasa sajak atau pun pantun
- SYARAT BERDOA -
  • Ø  Menjauhi perkara-perkara mungkar semasa berdoa
  • Ø  Menepati rukun doa.
  • Ø  Melakukan amalan kebaikan sebelum dan selepas berdoa.
  • Ø  Yakin bahawa Allah menerima setiap doa yang dipohonkan.
  • Ø  Berdoa bukan untuk maksiat atau durhaka.
  • Ø  Berdoa bukan untuk mendapat perkara-perkara yang mustahil tercapai.
- ADAB BERDOA -
  • Ø  Memilih waktu-waktu yang afdhal.
  • Ø  Memilih tempat yang suci dan sesuai.
  • Ø  Menghadap Qiblat.
  • Ø  Melunakkan (merendahkan) suara sekadar dapat didengar oleh diri sendiri dan para makmum/ ahli jemaah.
  • Ø  Berkeadaan penuh khusyuk, penuh harapan dan penuh ketakutan/kebimbangan.
  • Ø  Berkeyakinan bahawa doa itu dimakbulkan.
  • Ø  Berdoa dengan sepenuh hati dan besunggu-sungguh serta tidak berputus asa.
  • Ø  Memulakan dengan memuji Allah dan mengakhiri dengan selawat ke atas nabi.
  • Ø  Suci daripada segala dosa dan memperbanyakkan amalan kebajikan.
  • Ø  Berdoa dengan dia ma’thurat (doa yang pernah diamalkan oleh Nabi).

- WAKTU UTAMA BERDOA -
  • Ø  Semasa dalam majlis ilmu
  • Ø  Selepas solat fadhu
  • Ø  Ketika sedang membaca Al-Quran dan selepasnya.
  • Ø  Selepas azan.
  • Ø  Ketika antara Azan dan Iqamah.
  • Ø  Apabila dianiaya.
  • Ø  Ketika sedang sujud.
  • Ø  Ketika selepas tengah malam.
  • Ø  Pada hari Jumaat
  • Ø  Ketika antara doa khutbah Jumaat.
  • Ø  Dalam bulan Ramadhan.
  • Ø  Pada malam Al-Qadr (lailatul Qadar)
  • Ø  Apabila hendak minum air zam-zam
  • Ø  Ketika sedang berwukuf di Arafah
  • Ø  Ketika dalam peperangan.
- ORANG YANG DIMAKBULKAN DOANYA -
  • Ø  Seorang Islam yang berdoa tidak bermaksud zalim atau tidak bermaksud memutuskan silaturrahim.
  • Ø  Seorang islam yang mendoakan saudara seagamanya yang berjauhan.
  • Ø  Anak yang berbuat baik kepada ibu bapa.
  • Ø  Bapa yang berdoa kepada anaknya.
  • Ø  Orang yang bertaubah dari dosanya.
  • Ø  Mangsa kezaliman samada orang Islam mahu pun bukan Islam.
  • Ø  Orang yang dalam keadaan terdesak atau bahaya.
  • Ø  Orang yang berpuasa yang berdoa ketika berbuka.
  • Ø  Orang soleh
  • Ø  Pemimpin yang adil.
- BILAKAN DOA DITERIMA? -

Setiap doa yang dipohonkan insyaALlah akan diterima oleh Allah S.W.T. jika ianya berdoa dengan ikhlas dan cukup syarat-syaratnya, tetapi kita tidak tahu bilakah doa itu diterima :
  • Ø  Kadang-kadang Allah akan mengampunkan dosanya tanpa disedari.
  • Ø  Kadang-kadang Allah segerakan kebajikan di dunia
  • Ø  Kadang-kadang Allah berikan pahala/kebajikan diakhirat.
- DOA ORANG TERISTIMEWA -
  • Ø  Doa mereka yang teraniaya/dizalimi
  • Ø  Doa ibu bapa untuk anaknya.
  • Ø  Doa mereka yang berpuasa ketika berbuka
  • Ø  Doa pemimpin yang adil
  • Ø  Doa mereka yang dalam keadaan musafir dengan tujuan baik.
  • Ø  Doa mereka yang benar-benar bertaubat.
  • Ø  Doa anak soleh untuk kedua ibu bapanya.
- CARA BERDOA -

Ø Menadah kedua-dua tapak tangan dengan cara mengangkatnya sehingga menampakkan ketiak. Cara ini dikenal dengan cara al-ijabah.
  • Ø Mengangkat kedua-dua tapak tangan dengan cara mengangkatnya lebih tinggi daripada labu susu. Cara ini dikenal dengan cara al-istijabah.
  • Ø  Menadah kedua-dua tapak tangan separas. Cara ini dikenal dengan cara al-khusuk waat-tadharruk.
  • Ø  Menadah kedua-dua tapak tangan dengan cara mengangkatnya separas wajah.
  • Ø  Mata tidak memandang ke langit ( sepatutnya memandang ke tapak tangan)
  • Ø  Menyapu kedua-doa tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
  • Ø  Menadah kedua-dua tapak tangan dengan cara merapatkan antara satu sama lain atau dengan cara merenggangkan tangan dengan cara merapatkan antara kedua-duanya adalah lebih baik.
- DOA SIAPA TIDAK DIMAKBULKAN ? -

Diantara sebab doanya tidak diperkenankan oleh Allah :
  • Ø  Sentiasa melakukan dosa
  • Ø  Berdoa ditempat maksiat
  • Ø  Tidak menunaikan kewajipan terhadap Allah.
  • Ø  Tidak mengamalkan isi kandungan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
  • Ø  Sentiasa tunduk kepada tuntutan nafsu
  • Ø  Suka mengumpat
  • Ø  Tidak mensyukuri nikmat Allah
  • Ø  Durhaka kepada kedua ibu bapa
  • Ø  Bersifat takabbur, sombong, riak dan sebagainya.
“Bila memohon sesuatu hajat mulakan dengan diri sendiri kemudian ibu bapa. Keluarga saudara-saudara muslimin muslimat dan mukminin mukminat . jika menjadi imam fokuskan kepada jemaah dan janganlah khususkan kepada diri sendiri sahaja”

www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...