~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Sunday, May 1, 2011

**SuNNaH Mu IkuTaN Ku**

   Pemikiran barat kini sedang berdepan dengan pertelikahan diantara agama dan sains. Mustahil untuk pemikir barat menerima hakikat bahwa agama dan sains boleh bergerak seiring. Kitab Bible yang dipercayai penganut Kristian menegaskan pohon larangan yang Nabi Adam ('alahi salaam) ditegah memakan buahnya ialah pohon ilmu. Justeru, selepas baginda memakannya, baginda mendapat ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Atas sebab inilah Eropah membazirkan dua kurun (2000 tahun- penterjemah) berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu saintifik yang dipelopori orang-orang Islam.

Tahukah anda dengan mengamalkan minum secawan the “O” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda?? InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan.
Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti melalukan amalan :
1.Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
*  Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh perhatikan kebanyakan orang yang mandi pagi tergolong dikalangan orang yang tidak gemuk.

*      Daripada Imam Ahmad Asy-Syaraji

Dalam menjaga kesihatan, Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar iaitu mandi sekitar pukul 4 pagi ( sebelum subuh ). Kelebihan mandi fajar, antaranya:

Tidak terkena penyakit asma
2. Terhindar dari angkara jahat seperti sihir , baik dari jin atau manusia
3. Tubuh badan menjadi sihat
4. Wajah bercahaya
5. Doanya mudah dimakbulkan Allah
6. Wajah menjadi awet muda

2.Rasulullah mengamalkan meminum air sejuk setiap pagi. Mujarabnya meminum air sejuk adalah dijauhkan pelbagai penyakit. 
· Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut. 
*Lain-lain kelebihan air sejuk untuk manusia boleh dilihat di sini* http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-77796.html 

3. Waktu solat subuh kita disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa)
*   Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah dari hati. Ulama’ mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was- was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian yang lain.

Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika.

Dari segi kesihatan bersujud boleh mengelak dari penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud.
Ahli-ahli sains telah menemui bahawa terdapat beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah yang paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut.

Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dahulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari.

Semua anggota yang disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang yang sedang solat iaitu sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

4.   Dalam Al-Quran juga ada melarang kita memakan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
*   Nabi pernah melarang kita memakan ikan bersama susu kerana dikhuatiri mudah mendapat penyakit. Ini terbukti oleh para saintis dimana di dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengadungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas biokimia yang mana boleh merosakkan usus kita.  

*      Cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah  S.A.W yang menyebabkan baginda tidak pernah sakit perut sepajang hayatnya  :

o   v  Jangan makan susu bersama daging.
o   v  Jangan makan daging bersama ikan.
o   v  Jangan makan ikan bersama susu.
o   v  Jangan makan ayam bersama susu.
o   v  Jangan makan ikan bersama telur.
o   v  Jangan makan ikan bersama daun salad.
o   v  Jangan makan susu bersama cuka.
o   v  Jangan makan buah-buahan selepas makan nasi.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan menjilat jari apabila sudah makan.
* Para saintis telah mengkaji tentang faedah apabila menjilat jari. Mereka mendedahkan bahawa terdapat banyak enzim yang terkandung di celah jari-jari manusia iaitu 10X ganda daripada enzim yang terdapat di dalam air liur. *enzim adalam sejenis alat pencerna yang mana tanpanya makanan tidak dapat dihadam*

~*Demi masa Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar*~              

www.tips-fb.com

4 comments:

  1. Salam...
    Alhamdulillah, berkongsi ilmu di sini..
    Lepas ni tulislah tentang sains dalam Islam banyak2..
    Insha ALLAH... mencuba menjadi penulis spt Dr Daniel Zainal Abidin...
    Gilap terus bakatmu...
    Insha ALLAH... Ada rezeki bila kita menulis...:)
    Sy doakan awak murah rezeki dgn hasil penulisan awk ni...:P

    ReplyDelete
  2. Salamwarahmatullah....
    syukran atas semangat dan dorongan yg awk berikn... insyaAllah...sy cuba utk terus menulis dan menulis... moga Allah memberkatimu jua dalam segenap perkara...insyaAllah =)

    ReplyDelete
  3. OT di sini auuuu~terima kasih kak dial...ilmu yang bermanfaat.Keep on menulis ya!horeyeahhh...

    ReplyDelete
  4. ehhh kak Ot................lama menyepi..ohh..dirimu sudah lupa padaku..auww... hehe.. insyaAllah... klu ade salah silap ke.. (typing error) kak gtau la ea.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...