~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Tuesday, October 25, 2011

**SeMaNiS RaCuN BeRBiSa**


SENJATA PELURU BERACUN

Tidak diragukan lagi kekuatan umat Islam suatu katika dahulu umpama bangunan yang amat kukuh, sehinggakan tiada lautan tentera yang tidak mampu dihempas oleh ombak tsunami tentera Islam. Roh jihad yang dipancarkan oleh ajaran Al-Quran dan As-Sunnah begitu hebat melahirkan keberanian, kecekalan dan kepahlawanan yang sukar ditandingi. Akidah Islam yang menjadi asas yang pejal terhadap tentera Islam itu amat ditakuti. Maka, musuh Islam mencari jalan bagi menghancurkan asas kekuatan itu dan kini sedarlah, Al-Qhazwah Al-Fikr (Perang Pemikiran) adalah jalan utama mereka menghancurkan kita!!!

Suatu bukti ketika Syria dan Lubnan dapat dikuaasai oleh Perancis selepas Perang Dunia Pertama. Di samping armada-armada bersenjata, dibawa bersama sebuah kapal yang sarat berisi pelacur. Apabila kapten kapal tersebut ditanya, beliau menjawab dengan licik ;

“Armada-armada bersenjata itu mungkin akan hilang kesannya. Adapun armada jenis ini (berisi pelacur) maka kesannya tidak akan hilang sama sekali”

Senjata yang menggunakan peluru wanita, hiburan yang melampau, fesyen pendedahan aurat, hiburan sukan yang menipu, dan pelbagai lagi jenis peluru yang ditembak menghancurkan benteng aqidah umat Islam. Inilah perang pemikiran yang merupakan senjata halus menyusup masuk ke dalam umat Islam dewasa ini. sebagai contoh yang lain, berapa ramai manusia kerana sebiji bola, melambatkan bahkan meninggalkan solat fardhu, kerana sebiji bola, sanggup bersengkang mata awal pagi berbanding bertilawah dan bertahajjud. Hanya kerana sebiji bola, berbillion umat Islam hancur keimanannya?? Akhirnya, kejayaan Islam tidak selalu disebabkan kita, tapi kejatuhan Islam boleh dikatakan sering disebabkan oleh diri kita sendiri.

Belum lagi bila dikatakan mengenai hiburan yang melampau (hedonism). Habis anak-anak muda bahkan anak-anak tua (dewasa) kita terhegeh-hegeh memenuhi konsert-konsert hiburan yang jelas merosakkan berbanding mereka datang ke program-program Islam samada ceramah-ceramah, kem-kem membina iman, program-program motivasi Islam, apatah lagi majlis-majlis ilmu yang lebih khusus seperti halaqah. Memang pada pandangan nafsu, hedonism itu semanis madu, tapi sebenarnya ia racun berbisa. Tidak lupa juga yang ingin diutarakan, anak muda kita yang sentiasa tidak lari dengan fesyen pendedahan aurat, sehinggakan fesyen sering di’update’kan tapi keimanan sering di’downgrade’kan, fesyen pakaian sering diperindah, tapi keimanan sering dikoyakkan. Inilah peperangan dasyat yang sedang kita hadapi, dan malangnya terlalu ramai telah dikalahkan dan sedang dijajah pemikirannya!!



PENJAJAHAN TERUS BERLANGSUNG

“orang-orang Yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti cara hidup mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).” Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” [QS Al-Baqarah, 2:120]

Musuh Islam akan terus berusaha sehingga kita mengikuti mereka hatta masuk ke dalam lubang biawak sekalipun. Perlu juga kita sedari, penjajah yang pernah menguasai negara kita bukan semudah-mudahnya meninggalkan jajahan mereka. Mungkin pada pandangan kasar kita mereka meninggalkan kita, tapi hakikatnya mereka terus menanam pengaruh dengan mewariskan golongan-golongan penjajah dari kaum pribumi itu sendiri yang dimandatkan untuk memainkan peranan mengubah seluruh tatacara hidup, nilai akhlak dan sistem pemerintahan serta social umat kearah yang diredhai oleh tuan-tuan mereka, kaum penjajah. Ingatlah larangan Allah kepada kita dalam firman-Nya :

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesunggunya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [QS Al-Maidah, 5:51]

Pemerintahan juga merupakan salah satu sarana halus untuk menguasai pemikiran sepertimana protocol kesembilan Pendeta Zionis menjelaskan “Jika sekiranya orang-orang kita (Yahudi) tidak dapat memegang tempok kekuasaan maka kita akan berusaha meletakkan di tempat itu orang-orang yang mempunyai rekod buruk sehingga wujud satu jurang pemisahan yang dalam antara mereka dengan rakya. Atau kita arahkan kekuasaan itu kepada orang yang sentiasa boleh diadili dan dihukum penjara sekiranya dia kelak menghalang peranan kita”.

Beginilah terperincinya strategi musuh Islam dan paling utama yang perlu kita akui akan ada sahaja mata-mata yang emnajdi boneka kepada mereka. Sehingga kini, mereka telah berjaya sedikit sebanyak mengelirukan akidah Islam, melumpuhkan semangat jihad dengan memisahkan secara negative antara akidah dan perlaksanaan syariat, antara kerohanian Islam dan kebatinan jahiliah. Akhirnya tersebar luaslah fahaman memisahkan agama dari negara atau pemerintahan sekularisme. Inilah bahayanya boneka-boneka musuh Islam yang digambarkan Allah sebagai orang munafik.

“yang demikian itu kerana sesungguhnya merek (orang-orang munafik) itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi) : “Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan”, sedang Allah mengetahui rahsia mereka . [QS Muhammad, 47:26]

RACUN BERBISA BUAT SI KECIL

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Inilah juga yang dilaksanakan pihak kafir dalam mendoktrinkan pemikiran rosak ke dalam generasi awal kita. Kerana tempoh ini merupakan tempoh pembelajaran anak tersebut dicorakkan samada menjadi Yahudi, Nasrani mahupun Majusi. Sesuai dengan sabda nabi yang menekankan agar mula mengajari anak kita solat seawall usia 7 tahun. Namun bagaimana keluarga Islam masa kini?? Berapa ramai yang menekankan ilmu agama dalam usia yang dianjurkan Rasulullah SAW???

Pihak kafir sendiri mengetahui waktu proses tumbesaran ini amat memberi kesan terhadap perilaku seseorang manusia. Seperti yang kita ketahui, sekolah rendah dikenali sebagai “Primary School” dalam bahasa Inggeris dan sekolah menengah dikenali sebagai “Secondary School”, jelas perbezaan antara primary dan secondary, pihak kafir memang mengutamakan ‘primer’kan pendidikan pada awal usia 7 tahun untuk memulakan misi doktrinisasi mereka. Semoga kita menyelamatkan anak-anak atau adik-adik kita bahkan mungkin diri kita sendiri dari racun berbisa ini.

SIRNAKAN RACUN BERBISA

Iblis berkata : “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang indah (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,” [QS Al-Hijr, 15:39]

“Semanis Racun Berbisa”

Inilah yang ingin kita sedarkan bahawa iblis sebenarnya membuatkan kita memandang indah dan merasa manis terhadap segala racun berbisa. Penyebaran racun yang disebar-luaskan dengan penggunaan pengedar-pengedar mereka perlu kita sedari dan melawan kembali minima dengan menjaga diri sendiri dan lebih indah jika mampu meyedarkan keluarga, masyarakat, negara bahkan umat Islam seluruhnya. Cukuplah kepercayaan kita kepada penjajah-penjajah pemikirang yang akan memudaratkan kita akhirnya. 

AYUH BERSAMA SIRNAKAN RACUN BERBISA YANG MEREBAK DI TUBUH UMAT KITA!!!!!!!

Sumber : Fakhrullah (sinergi Edisi 5)

www.tips-fb.com

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...