~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Wednesday, October 26, 2011

**Tafsir Yaasin Dari Perspektif Sains**


Anas bin malik meriwayatkan Nabi SAW bersabda , maksudnya :


“Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali”. (hadith riwayat a-Tarmizi)

Surah Yasin adalah surah ke 36 daripada 114 surah di dalam al-Quran. Surah ini mempunyai 83 ayat yang tergolong dalam surah makkiyyah serta diturunkan selepas surah aj-jin. Surah Yasin ini dianggap paling keramat di kalangan masyarakat nusantara iaitu kepulauan melayu. Ini kerana kebanyakan masyarakat di kepulauan ini boleh dikatakan menghafal surah Yasin dan dibaca di dalam majlis-majlis agama yang diadakan seperti tahlil dan bacaan Yasin setiap malam Jumaat.

Dasarnya, al-quran diturunkan untuk dibaca, difahami dan diamalkan oleh semua umat manusia. Surah Yasin diturunkan bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan semangat Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangan baginda dan juga diturunkan untuk menambahkan pengetahuan umat Islam sendiri tentang akidah tauhid, sejarah perjuangan para anbiya’ dan para pengikut mereka yang beriman dan juga tentang fenomena alam semesta.

Terdapat beberapa fasa di dalam surah Yasin. Antaranya :

Fasa 1 : Ayat 1 hingga 12
*Allah menegaskan bahawa Nabi Muhammad ialah seorang rasul yang dilantik untuk menyebarkan Islam ke seluruh umat Islam bagi memperbetulkan segala penyelewengan akidah yang berlaku.

Fasa 2 : Ayat 13 hingga 32
*Allah menjelaskan kaedah berdialog yang terbaik kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana baginda sentiasa berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat khusunya golongan yang bijak dan berpengaruh. Ini dapat menghindarkan sikap berpegang kepada mitos yang disogok ke dalam kitab-kitab agama yang telah diubah isi kandungannya.

Fasa 3 : Ayat 33 hinga 40
*konsep sains hayat dan kosmos diterangkan supaya manusia sedar bahawa itu adalah bukti yang menunjukkan Allah ialah pencipta Yang maha Bijaksana.

Fasa 4 : Ayat 41 hingga 44
*Allah memaparkan kisah tribulasi perjuangan nabi Nuh untuk dibandingkan oleh Nabi Muhammad dengan tribulasi perjuangannya sendiri dimana walaupun perjuangannya cukup getir, namun perjuangan Nabi Nuh a.s lebih getir kerana kesukaran mendapat sokongan daripada kaumnya sendiri dan perjuangan yang mengambil masa terlalu panjang.

Fasa 5 : Ayat 45 hingga 68
*Allah menceritakan kisah hari kiamat, kebangkitan semula manusia dari kubur, padang mahsyar, syurga, nerakan serta keadaan penghuni di dalamnya. Tujuannya untuk menyedarkan manusia bahawa hakikat kehidupan akan melalui 2 peringkat iaitu di dunia dan di akhirat.

Fasa 6 : Ayat 69 hingga 70
*Allah menafikan dakwaan para sasterawan Quraisy yang menyamakan al-Quran dengan syair dan menafikan tuduhan mereka yang mengatakan Nabi Muhammad ialah seorang penyair yang pandai menggunakan ilmu sihir.

Fasa 7 : Ayat 71 hingga 81
*Allah memerintahkan manusia supaya sentiasa menggunakan kemahiran berfikir bagi mencari rahsia kejadian alam ciptaan-Nya agar menjadi orang yang beriman dan berilmu pengetahuan. Hakikat ini kerana beriman tanpa ilmu adalah lemah dan berilmu tanpa iman adalah kufur.

Fasa 8 : Ayat 82 hingga 83
*Allah membuat kesimpulan terhadap seluruh persoalan yang dibangkitkan dalam surah ini. berasaskan kuasa mutlak yang ada pada-Nya, Allah mampu menciptakan sesuatu dalam sekelip mata. Namun menurut fitrah, sunnah, gaqak dak qadar-Nya, sesuatu itu tidak dijadikan secara tiba-tiba tetapi secara berevolusi.

***~~~~~~~~~~~~~~~ BUKTI SAINTIFIK YASIN ~~~~~~~~~~~~~~~***

Paparan bukti-bukti saintifik khususnya yang berhubung dengan alam kosmos semestinya dapat membuka minda orang yang berakal agar mereka berfikir secara mendalam dan seterusnya mengakui kebenaran Nabi Muhammad dan wahyu itu sendiri.

1) Kejadian Bumi menurut Al-Quran dan Ahli Sains


“Satu bukti lagi buat mereka ialah planet bumi (pada peringkat awal ia hanya merupakan sebuah planet yang mati). Kami menghidupkannya dan mengeluarkan bijirin daripada permukaannya. Antara bijirin-bijirin itu merekalah yang memakannya” (33)



Bumi dilihat sebagai planet yang sentiasa beredar dan mengelilingi Matahari. Menurut beberapa teori yang dikemukakan oleh ahli sains moden berhubung dengan asal-usul kejadian cakerawala, semua planet berasal daripada sekumpulan kumin-kumin debu yang halus yang sentiasa berputar di angkasa. Lama-kelamaan kumin-kumin tersebut bertukar menjadi pepejal yang berbentuk piring angkasa yang besar dan sentiasa berputar semakin lama semakin laju. Akibatnya, bahagian piring angkasa berlaku hentakan dan terpisah lalu membentuk kumpulan bahan berupa bebola gas besar yang terbakar. Kemudian, api yang membakar bebola gas itu padam dan cecair yang larut di dalamnya mula menyejuk. Bumi adalah sebahagian daripada bkumpulan bahan itu. Pada permulaannya, bumi hanya merupakan sebuah bebola yang tidak mempunyai apa-apa di atas permukaannya dan kerna itulah ia dikatakan “planet mati”. Setiap proses evolusi mengambil masa yang lama. Begitu juga evolusi dari planet mati kepada planet hidup.

Dalam surah al-Sajdah Allah berfirman:

Allah menjadikan langit dan bumi serta apa yang ada di dalam kedua-duanya hanya selama enam hari sahaja, kemudian Dia bersemayam di atas ‘arasy. Tidak ada tuhan selain daripada-Nya yang layak kamu sembah dan yang layak kamu memohon
syafa’at. Maka mengapakah kamu tidak cuba merenung?

Menurut ayat ini, proses kejadian Bumi dari mula terbentuk hingga ke tahap planet air atau planet hidup mengambil masa selama enam hari. Bilangan hari menurut kiraan Allah adalah berbeza daripada hari menurut kiraan manusia.

Dan Firman Allah : “Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah sama dengan seribu tahun menurut bilangan hari di sisimu.”

Setahun planet Bumi mengelilingi Matahari : 365 hari
Setahun peredaran planet Neptun : 165 hari Bumi
Setahun menurut kiraan galaksi : 225 juta tahun Bumi

Maka. Adakah 6 hari dalam ayat ini bermaksud 6000 juta tahun iaitu 2000 juta tahun proses pembentukan daripada gas kepada bentuk planet dan proses 4000 juta tahun menyempurnakan planet mati kepada planet hidup. Hanya Allah yang megetahui. Konsep ini sedik sebanyak telah membuka mata si penyelidik dalam membongkar rahsia kejadian Alam Semesta yang amat menakjubkan ini.


2) Ladang Kurma & Anggur




Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ) ( 34 ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu bersyukur? ( 35).

Kurma atau bahasa saintifiknya Phoenix dactylifera ialah tumbuhan asli Benua Asia dan Afrika. Pokok ini boleh hidup selama 150 tahun dan terdiri daripada pokok jantan dan pokok betina. Tetapi hanya pokok betina sahaja yang mengeluarkan buah. Pendebungaan berlaku melalui angin. Pada awalnya, pendebungaan kurma ini dilakukan menggunakan tangan sehinggalah pada suatu hari Rasulullah menegur seorang lelaki dengan menurutnya pendebungaan tabii secara angin sudah memadai. Perkataan “kurma “ di dalam al-Quran disebut tidak kurang daripada 20 kali. Ini bermakna kurma mempunyai kelebihan berbanding pokok-pokok yang lain. Orang arab menggunakan pokok kurma sebagai peralatan untuk membuat rumah

Selain pokok kurma, bumi juga subur dengan pokok anggur. Terdapat kepercayaan bahawa anggur adalah antara pokok buah-buahan yang tertua sekali ditanam oleh manusia. Orang-orang Mesir Purba menggunakan air anggur bagi mengawet mayat untuk dijadikan mumia.

3) Hujan dan Mata Air Menyuburkan Tanah Gersang

Pelbagai cara Allah menghidupkan tanah-tanah yang gersang. Antaranya adalah melalui mata air yang keluar dari perut bumi yang gersang. Punca mata air ialah hujan. Hujan terjadi hasil daripada proses sejatan. Akibat daripada sinaran cahaya matahari, semua air yang terdapat di permukaan bumi menyejat dan terapung di udara dalam bentuk wap.  Kemampuan udara menampung wap air bergantung pada kadar kepanasannya. Semakin panas udara, maka semakin banyaklah wap air yang boleh ditampungnya. Apabila semakin banyak wap air berkumpul di dalamnya, suhu udara menjadi semakin sejuk dan akhirnya turun ke paras yang sangat rendah. Keadaan ini menyebabkan udara tidak boleh menampung semua wap air itu, lalu sebahagiannya memeluwap dan membentuk titisan-titisan
air yang halus. Titisan air tersebut berkumpul membentuk awan dan kemudian turun ke bumi sebagai hujan.

Adakah kamu tidak pernah memerhati sistem sejatan yang dicipta Allah untuk mngumpulkan awan di udara? Selepas terkumpul, ia bertaut antara satu dengan yang lain sehinggalahmembentuk awan mega. Akhirnya kamu ternampak seolah-olah air itu menitis dari celah-celahnya. (A—Nur : ayat 43)



*bersambung pada isu ke-2...nantikan =)

Sumber : Al-fadil Prof. Madya Hj. Zawawi Hj Ahmad (Pengerusi Kolej Islam Darul Ulum)


www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...