~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Saturday, December 4, 2010

** Harga Sebuah Syurga**


"Sahabat,diri ini terasa lelah dek penangan mehnah dan birokrasi..semangat untuk berjuang dah semakin luntur. sementelah diri ini terasa terlalu banyak kekurangan dan kelemahan berbanding dengan sahabat2 lain disini..hati ini sering berbolak-balik..
ana tak mampu lagi memegang amanah yang sangat berat yang terpikul dipundak ana.

Perlukah ana melepaskan amanah ini???tapi,ana takut!!!ana sangat takut sekiranya ana tergolong dalam golongan mutasaqit.na'uzubillah.


Bantulah diri ini duhai sahabatku..ubatilah kelelahan ana ini, rawatilah ketandusan hati ini dengan mutiara katamu.agar diri ini..agar hati ini...agar semangat ini...kembali tenang dan membara dengan roh Islam.."



Luahan hati seorang sahabat membuatkan Syifa' termenung sejenak...Dia merenung jauh..sedikit sebanyak setiap bait ayat yang tertera di handphonenya berbekas dihati..

Seusai menarik nafas dalam-dalam,dia mula memikirkan ayat yang sesuai bagi mententeramkan perasaan Dhiya' dan juga dirinya..kerana dia sendiri pernah merasa goyah...hatinya pernah berbolak-balik...cabaran yang dirasai terlalu berat dan hampir tak tertanggung olehnya...



"Anakku sayang,untuk ke syurga bukannya mudah.tak semudah ungkapan yang terluah dibibir..terlalu senang untuk disebut..ingatlah Syifa', harga syurga terlalu mahal,sayang..Syifa' tak pernah dilontar dengan batu kan??." 


kenangan lalu tiba-tiba menyinggah..kata-kata yang berupa dorongan dari umi tika dia tekad mahu tinggalkan medan dakwah dulu terngiang-ngiang di telinganya..hatinya tika itu tak lagi mampu melawan segala dugaan yang menyerang segenap penjuru..apatah lagi bila mengenangkan tanggungjawabnya sebagai seorang khalifah Allah, anak, pelajar dan juga seorang da'i.


Pantas tangannya menaip bait-bait kata untuk sahabat tersayang..persahabatan yang terjalin dan dipatri teguh semata-mata mencari Mardhatillah...ikatan yang tetap teguh walau kini jasad terpisah jauh..jalinan yang sentiasa dibasahi dengan basahan doa dan ingatan lewat kiriman-kiriman e-mail mahupun SMS..


****************************





"sahabatku Dhiya'...


Allah telah memilih kita untuk sama-sama mengerah tenaga dan keringat pada jalanNya..Allah tahu setiap kemampuan setiap hamba-hambaNya. Usahlah kau mengeluh dan merintih kerana sudah letih bergelumang dimedan ini. Setiap dugaan dan mehnah yang terpaksa dihadapi ini sudah menjadi lumrah dalam hidup seorang yang berjuang di jalanNya..ini semua adalah tarbiah dari Allah untuk menguji serta melatih diri kita..sedarlah sahabatku,dunia luar yang bakal kita hadapi sudah tersedia 'ujian' sebenar kita yang lagi hebat,sahabat..sahabat, usah lupa kepada 5 perkara yang sudah menjadi adat kepada sesiapa sahaja yang menjual dunianya kerana akhirat iaitu kemiskinan, kesakitan, keseorangan,kesusahan dan kematian.. sahabat, ingatlah bahawa pukulan Kekasih itu tidak menyakitkan..


Sahabatku,


jika hatimu terasa goyah enti ingatlah kembali titipan kata ini yang pernah enti ungkapkan pada ana ketika kita masih lagi berada di tempat yang sama..


"Tika kau lemah,jadikanlah Allah tempat meluah rasa..
Tika kau goyah,kau harus kuat kerana kau pembawa agama..
Tika kau rebah,kau harus tabah kerana kau Mujahidah muda..
Ya Allah...jagalah insan ini,kuatkanlah kakinya dijalanMu...
Kuatkan jasadnya dengan rahmatMu...
Kuatkan rohnya dengan rohMu...
Buatkan dia tersenyum walau dirinya terhimpit derita..
Temukanlah kami disyurgaMu..."




Sahabatku sayang,terpulang pada diri enti mahu lepaskan amanah ini ataupun tidak..

Kerana keputusan itu ada ditanganmu..ana tidak mampu untuk memaksa enti terus berada dijalan ini mahupun memaksa enti untuk melepaskannya..tanyalah hatimu sendiri tapi usah ditanya pada nafsumu..Kelak ia akan membakarmu.. Dhiya',bersyukurlah kita diberi peluang dan ruang ini oleh Allah..fikirkanlah sahabat,nasib rakan-rakan kita yang lain..yang tak berpeluang mendapat peluang seperti kita..apakah usaha yang dapat enti lakukan seandainya enti lepaskan amanah ini??? Sahabat,jika hatimu masih lagi ragu-ragu dan berbelah-bagi,lakukanlah solat Istikharah..mintalah petunjuk dari Allah..berdoalah agar hatimu tetap pada jalan ini...sesungguhnya tak akan rugi orang yang selalu beristikharah.....



"Ya Allah,peliharakanlah hati sahabatku ini dan juga hatiku dari perasaan goyah dan berputus asa..
Kau kuatkanlah semangat kami,Ya Allah untuk terus bersama-sama 

Mengharungi ujian getir ini..
Kau bantulah kami melawan musuh yang sangat arif akan kelemahan diri kami.

.Kau peliharakanlah kami dari musuh-musuh yang kami

Tak mampu untuk melihatnya..
Kau permudahkanlah setiap usaha kami.Amin........"



Hati syifa' terasa lega seusai mesejnya diterima Dhiya'...kenangan lalu menyapa hatinya.mengingati kembali detik pertemuannya dengan Dhiya'..saat yang sudah pasti terpahat teguh dihatinya..persahabatan yang bermula diantara Syifa' dan Dhiya' bermula ditempat yang mulia..iaitu di Masjid sebuah IPT...



ketika itu,Syifa' baru selesai solat dan bersedia untuk membaca ma'thurat.Sudah menjadi kebiasaan selepas solat Asar,mereka membaca ma'thurat secara berjemaah yang diketuai oleh seorang imam...

Tiba-tiba matanya menangkap seraup wajah jernih yang kelihatan sayu ..hatinya tergerak untuk menegur dan menyapa..."maafkan saya lau ganggu.jom join baca ma'thurat sama-sama.."raut wajah itu kelihatan terkejut.mungkin tak disangka dirinya akan ditegur...

"erm,jom.."sahutnya mesra..wajah yang sayu kini berubah ceria.Seusai membaca ma'thurat,kami sempat berkenalan.."erm,Dhiya' Shuhada...cahaya para Shuhada..
Amat mendalam maksud yang tersirat disebalik nama sahabat baruku.."Syifa' bermonolog sendiri...

"Syifa' Hayati, terima kasih sebab sudi menegur saya tadi dan terima saya jadi sahabat awak..sebenarnya saya seorang saja dari sekolah saya dulu yang belajar kat sini..sebab tu saya tak ada sahabat yang rapat" perlahan Dhiya' menjawab apabila
Syifa' menanyakan kenapa dia kelihatan sedih..

"Oo,begitu..awak tak usah berterima kasih pada saya..awak boleh panggil saya, Syifa'..

**************************


Minggu orientasi baru sahaja melabuhkan tirainya..kepenatan masih lagi tersisa.
Syifa' sudah dapat sesuaikan diri dengan suasana kampus yang pastinya jauh berbeza dengan zaman persekolahan..Di sini,dia perlu pandai memilih teman dan bijak menyusun masanya agar tidak ketinggalan.Sementelah lagi seniornya dulu pernah menasihatkan masalah sosial yang biasa berlaku di kampus.Secara jujurnya, dulu hatinya sedikit gusar dan khuatir kerana bimbang dirinya terikut seterusnya terlibat dengan benda-benda yang tidak elok..

Benarlah ,seorang sahabat yang baik boleh diumpamakan seperti penjual minyak wangi..Sedikit sebanyak,haruman itu terlekat juga pada kita walaupun kita tidak memakainya manakala "teman perosak" diibaratkan seperti pembuat besi.Sudah tentu kita terkena juga tempias besi dan baunya yang busuk...

***************************


"Ya Allah, jauhnya ana termenung....erm, hari ni ada smart group dengan adik- adik. Alhamdulillah, ana masih ada sedikit masa untuk study sekejap.."

"Kak Syifa', saya selalu dengar orang cakap bersahabat kerana Allah ataupun ukhwah fillah.tapi,macam mana kita nak dapatkan roh-roh ukhwah fillah tu??"

Pertanyaan Hannah membuatkan Syifa' terdiam seketika..wajah Dhiya' tergambar di tubir matanya..

"Hannah, dalam Al-Quran ada merakamkan berkenaan dengan ukhwah iaitu dalam surah Al – Anfal ayat ke-63..

"Dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka ( orang yang beriman ). Walaupun kamu menginfakkan semua ( kekayaan ) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak akan dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Allah Maha Perkasa, Mahabijaksana."

Ukhwah yang tidak berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah itu adalah cacat kerana hanya Allah sahaja yang dapat mengikat dan mengeratkan ikatan hati hamba-hambanya..

Berkenaan dengan cara untuk mendapatkan roh-roh ukhwah fillah pula, terdapat beberapa cara sebenarnya yang dapat kita praktikkan.. yang pertama, kita digalakkan supaya memberitahu sahabat bahawa kita sayangkan dia kerana Allah..ini kerana kalau kita tak suarakan perasaan sayang kita kepada sahabat,macam mana sahabat kita nak tahu yang kita sayangkan dia kan??itu yang penting supaya dalam hati mereka dah tertanam satu perasaan bahawa ada sahabat yang sayangkannya.tapi, jangan pula "sayang" lain tau.bahaya tu.."

Syifa' berhenti bercakap seketika..Terbayang raut wajah sahabat-sahabatnya di IPT dulu..tautan ukhwah yang tertaut bukan kerana aliran darah mahupun kerana keduniaan tetapi ikatan ini terpatri teguh kerana Allah, Insya'Allah.. Syifa' menyambung bicara kemudiannya.......

"Kedua, sentiasa mendoakan sahabat kerana kita perlu sedar dalam bersahabat terutamanya bersahabat kerana Allah, dugaannya tetap ada dan hanya Allah sahaja yang dapat memelihara ikatan yang telah dijalin keranaNya..

Ketiga, hulurkan salam dan berjabat tangan apabila berjumpa.. " Allah akan memberikan 60 pengampunan kepada orang yang berjabat tangan. Dan yang lebih afdal adalah yang hulurkan tangan terlebih dahulu " tapi, jangan pula bersalam dengan ajnabi yer,adik-adik..yang haram tetap haram takkan jadi halal melainkan kalau dah "sah" nanti.."


Syifa' menguntum senyum sambil memandang satu persatu wajah adik-adik yang berada dihadapannya yang masih lagi dalam proses mencari titik keserasian antara mereka ..Mereka disatukan dan dihimpunkan bukan kerana mereka satu kelas mahupun satu bilik melainkan kerana mereka diikat dengan satu Aqidah yang sama iaitu Aqidah Islam..Allahu Akhbar!!

"Kak Syifa', ana nak tambah sedikit berkenaan dengan ukhwah tu tadi..bagi ana apa yang lebih penting ialah niat dan keikhlasan kita ber'ukhwah itu sendiri..Kalau kita ber'ukhwah kerana Allah, Insya' Allah Allah akan menjagai ukhwah kita.."

"Memang benar apa yang adik Syatirah cakapkan..seperti dalam ayat yang akak bacakan tadi hanya Allah yang dapat satukan hati manusia..sebab itu pentingnya doa, niat yang ikhlas dalam persahabatan"

Syifa' mengedarkan sekeping kertas kepada semua adik-adik se'smart group' nya.. kertas yang tertulis diatasnya serangkap sajak khas untuk mereka sebelum mengakhiri pertemuan mereka tika itu..

Duhai mujahidah sejati,
Saat berpangku lengan
Berlalu sudah,
Saat menganyam angan-angan fantasi
Jauh tertinggal lama.
Hadirmu kini diiringi satu matlamat
Bersama memacu keringat dan lelah
Demi Islam yang didukung kini,
Demi Aqidah yang pasti..

Mujahidah muda,
telusilah raut makna disebalik
ungkap kata Al-Banna,
tanggungjawabmu melebihi masa
yang kau ada
terjemahkanlah dalam gerak tugasmu,
bukan sekadar hiasan dibibir..

Mujahidah yang dinanti,
demi Islam,
usah dipandang pada nama,
usah gerun pada pangkat dan mehnah,
marilah kita raih
indahnya ukhwah fillah
yang terjalin teguh
antara kita.
Tika bersama di persada ini...

Uhibbukunna jami'an fillah 
(entry utk pengkongsian bersama) (",)


www.tips-fb.com

2 comments:

  1. kak asyi dtg baca entry yg best!!!

    cdap lgu kt lam blog nie.. memori daun pisang ekekek..

    ReplyDelete
  2. hehehe... mekacih kak cyang..kui3... memori gapo tu? ngeh3~~~ pisang goreng siya..hehe :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...