~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Sunday, December 19, 2010

**SuRaT CiNTa DaRi iBLiS**



Hai manusia yang tersayang,

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku melihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus skali ! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau bersusah-payah bangun dan memendekkan tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan. 

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meningkatkan water bill " rumahmu. 



Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu!

Hai manusia yang kucintai,


Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia dan menyuruhnya pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji !! kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang berjimat-cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan dunia.

Aku melihat apabila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan " HAI EVERYBODY " ! Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Enggeris. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. 

Duhai Manusia,

Di sepanjang Ramadhan, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintih ku kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan di malam hari menghabiskan waktu dengan bertarawikh, berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas, kerana pintu taubat telah dibuka oleh Allah dengan seluas-luasnya... 

Sanggupkah dirimu melihatku menderita sebegini??? oh kekasihku...bantulah diriku ~~~

Namun, aku tetap gembirakerana ada di antara kalian yang masih sudi menjadi temanku.. melepaskan oeluang rahmat Allah dengan mengucapkan perkataan yang sia-sia, mengumpat, tidak bertarawikh, malah mencipta persengketaan...

Aduhai... tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembal... Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati ini.. Di Akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama... kita berpegangan tangan menuju NERAKA JAHANAM....

ikhlas dari yang mencintaimu :
Makhluk yang sentiasa meminati dan terus menggodamu...
Iblis Laknatullah

p/s : Surat cinta dari iblis inikah yang mahu kita kumpul dan lakukan?? bilakah pula akn kita terima surat cinta abadi dari Allah... Ynag Maha Penyayang pada hamba-hambaNya yang soleh dan solehah...  

keyakinan terhadap Allah S.W.T dan agama Islam oleh sesetengah manusia menjadi goyah dan ragu-ragu sehingga akhirnya jatuh kepada pujuk rayu syaitan yang menyediakan tuhan yang nampak di depan matanya atau dapat dirasakan olehnya. 

“ Berkata Iblis : Wahai tuhanku demi kerana engkau menyesatkan aku maka pasti akan aku hiaskan kepada mereka (manusia) di dunia ini sehingga mereka memandang baik (akan kesesatan yang dihiaskan) dan sungguh akan aku sesatkan mereka itu semuanya”(Al-Hijr : 39).


Wallahualam... (",)
www.tips-fb.com

3 comments:

  1. thanks sharing dik...
    moga ALLAH permudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  2. sama2 kak... insyaAllah...moga segala urusan kita utk mendpar keredhaan Allah dipermudahkan.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...