~*KaRaMKaN DiRiMu DaLaM LaUTaN ZiKiR, ReBaHKaN DiRiMu Ke DaDa SoLaT, TiNgKaTKaN DiRiMu DeNGaN aMaLaN SuNaT. NeSCaYa DiRiMu aKaN BeRoLeH BeRKaT & RaHMaT*~

Wednesday, December 15, 2010

**HiKMaH SuJuD - SaiNTiFiK & PsiKoLoGi**


Sujud melegakan system pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada satu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau dek akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam 2 bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi  laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan system pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh :


  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • Melegakan sakit hernia ( burut ).
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Kedudukan ketika sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan otot lebih kuat dan elastic secara automatic.
  • Bagi wanita, pergerakan otot menjadikan buah dada lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan.
  • Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions)
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus dapat mengikis sifat sombong, riak, takbur da sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang agak lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentality seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang mencukupi untuk berfungsi dengan sempurna. 

Wallahualam... (",)

www.tips-fb.com

2 comments:

  1. syua!!!!
    time kasih dila.. gud info
    muslimah saintis heheh

    ReplyDelete
  2. sama2 berkongsi ilmu.... 1 ummah... ~Muslimah Saintis~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...